Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Fenomena SUPERMOON 23 Jun 2013 Sempena Malam Nisfu Syaaban Yang Indah

Views
Wow!

Malam semalam15 Syaaban, serentak malam Nisfu Syaaban telah berlakunya fenomena "Supermoon" di mana bulan akan berada paling hampir dengan bumi. Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena itu akan menyebabkan Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.


“Masyarakat dunia akan berpeluang untuk melihat fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi ini 23 Jun 2013. “Antara kesan jarak bulan yang dekat ini adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu kelmarin.


Mengulas lanjut, kata kenyataan tersebut, malam 23 Jun 2013 berlakunya bulan berada pada fasa penuh dan berada pada jarak cuma 356,989 kilometer (km) dengan bumi.


Jelas kenyataan itu, Bulan mempunyai orbit sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna dan menyebabkan jaraknya dengan Bumi sentiasa berubah-ubah. Tambah kenyataan itu, jarak paling jauh Bulan dengan Bumi bagi tahun 2013 ini adalah pada 7 Julai ini iaitu pada jarak 406,491 km. Buat pengatahuan korang malam semalam adalah 15 Syaaban iaitu malam Nisfu Syaaban, dan dalam masa yang sama berlaku fenomena "Supermoon" ini, kalau korang perasan pada Nisfu Syaaban yang lalu iaitu pada tahun 2011 juga berlaku fenomena yang jarang berlaku iaitu Fenomena Istiwa Matahari. Ditempat yang ade jerebu teruk, tak dapek la korang nak tengok. Nak tengok kejadian Supermoon diseluruh dunia, sila klik link dibawah.










Sumber : Tao Tao Ajer

Tiada ulasan