Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Gambar Pembinaan Statue Of Liberty Tahun 1883 Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat

Views
Rare!

Direka oleh Frédéric Auguste Bartholdi dan bekerjasama dengan engineer Perancis iaitu Gustave Eiffel (yang bertanggungjawab membina dan mereka rangka besi bahagian dalam yang juga pereka untuk menara Eiffel) disiapkan pada 28 Oktober 1886, Statue Of Liberty adalah arca Neo-classical yang paling besar pada zaman itu di Pulau Liberty, New York. Femes betul arca ni, kat mana-mana filem bencana macam movie 2012 tu, mesti ade arca ni runtuh atau tenggelam. Pada asalnya arca ini disiapkan di Perancis untuk bahagian-bahagian yang dipisahkan dan dibawa belayar ke New York dan seterusnya dipasang siap disitu. Patung ini dihadiahkan oleh Perancis untuk Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan merupakan suatu simbol selamat datang untuk pengunjung, imigran dan orang Amerika yang pulang ke tanah air mereka. Patung yang diberikan pada 28 Oktober 1886 ini merupakan hadiah seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat dan merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara. Patung ini juga diperbuat daripada gangsa dan pada masa sekarang ianya bertukar kepada warna hijau, bukan sebab ianya marah atau mengamuk nak jadik Hulk, tetapi disebabkan karat.













1 ulasan