Header Ads

Terkini

Kisah Benar Di Malaysia - Misteri 'Hantu' Purdah

Views
Korang pernah dengar tak pasal misteri ni? Kepada korang-korang yang masih budak pada tahun 96-97, mesti korang tahu pasal kes ni. Masa ni Mastika balun habis keuntungan hasil jualan cerita misteri ni. 

Hahahahha, aku pun layan Mastika gak dulu-dulu sebab cara penulisan dia dan illustrasi dia yang menarik perhatian, tetapi sekarang dah tak relevan, sebab orang boleh baca cerita-cerita sensasi melalui internet je, samala nasib macam majalah Mangga. 

Aku share pasal misteri ni sebab kes ni memang betul-betul berlaku berdekatan dengan rumah aku masa tu. Dikawasan kejiranan aku ade budak kena gigit dileher dengan 'hantu' purdah tersebut selepas dia menyamar menjadi penjual kain dari rumah ke rumah. Masa tu memang takut dah nak keluar rumah. 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Daripada yang aku tahu, 'hantu' purdah ni menginginkan muka yang cantik dan dia kemungkinan mempelajari ilmu yang salah. Kerana ilmu tersebut menyebabkan dia kena hisap darah budak atau anak dara sunti sebanyak 44 orang dalam masa 44 hari untuk mendapatkan wajah yang jelita.

Klik link seterusnya untuk mengetahui antara kisah-kisahnya yang aku dapat cedok dari blog orang lain yang mengalami dan mendengar kisah-kisah mengenai misteri ni. 

Dicopy dari blog Mystery House
Sebenarnya, kisah hantu purdah ni banyak versi. Tapi aku hanya ceritakan versi yang aku tahu je lah. Kisahnya bermula tentang seorang gadis IPT mana tah...yang mempunyai paras rupa yang kurang cantik gitu, ntah part mana yang die rasa hodoh tu aku tak tau. Gadis ni sebenarnya sedih dengan diri die yang kurang cantik tu. Dia tengok semua kengkawan dia dah ada pakwe, biasala zaman muda-mudi, zaman masuk U memanglah bebudak sakan nak carik pakwe makwe bukannyer belajo (ada sape2 terase sorry yer..)

Macam-macam la dia buat untuk cantikkan diri (tuh aku tak taula camane mungkin pegi mana-mana salon ke spa ke lagipun slimworld belom wujud lagi) semuanya tak berhasil. Ntah camane timbul niat die nak guna ilmu hitam tu aku tak tau and die pun terus pergi carik bomoh yang handal bab kecantikan ni.

So, bomoh tu bagilah dia something, aku rasa susuk kot...susuk berlian ke apa ke aku tak tahu. Dah selesai tu, bomoh tu bagitau pantang-larang kat dia yang dia tak boleh tengok cermin selama 40 hari lepas dia selesai berubat tu kalau tak ilmu tu tak menjadi.. So, si gadis ni semakin hari semakin cantiklah muka dia atas penangan hebat ilmu tok bomoh tu.

Kawan-kawan dia pun dah mula perasan tentang perubahan yang terjadi ke atas dia, ada yang memuji dia dan yang lelaki pulak dah mula nak usha-usha dia. So makin kembang hidungla si gadis ni. "Ish! Tak sabarlah nak tengok muka aku ni, berubah sangat ke?" mungkin itulah yang sering difikirkan oleh dia saban hari.

Kerana tak tahan dengan desakan naluri dia, belum cukup 40 hari si gadis pun melanggar pantang larang dengan menatap cermin. Terkejut bukan main bila wajahnya yang hodoh bertukar menjadi jelita rupawan. "Rasa tak percaya...artis pun boleh kalah...maybe boleh join masuk Ratu Dunia ni "(ini dialog saye jer yer...)

Puasla dia belek wajah barunya di cermin, gembira tak terhingga. Then...tiba-tiba sesuatu yang

ajaib juga menakutkan terjadi. Perlahan-lahan wajahnya yang jelita itu mula ditumbuhi bisul...nanah hanyir bercampur darah mula keluar dari luka-luka bisul tersebut.

Dia rasa bisa yang teramat sangat dan menekup pipinya yang gatal bercampur pedih. Si gadis menangis, meraung-raung kesakitan bercampur kesal. Inilah akibatnya kerana melanggar pantang yang dijanjikan. Keesokan hari, dia pun terus pergi jumpa bomoh tu balik, minta apa-apa penawar yang boleh digunakan untuk mengembalikan rupa cantiknya itu.

"Kalau kau nak penawar...cuma ada satu jer...kau kena hisap darah anak dara sunti seramai 40 orang baru kau boleh jadi cantik balik." Si gadis tunduk lemah, dia tahu dia takde pilihan melainkan buat apa yang disuruh. Itulah padahnya kalau dah berjanji dengan syaitan.

donate cars donate cars donate cars donate cars donate cars donate cars

Si gadis ni tak tahu macammana nak sorok wajahnya yang dua kali ganda hodoh daripada sebelum tu so...dia pun pura-puralah pakai jubah, bertudung litup dan berpurdah serba hitam untuk menutup kehodohannya itu.

Dengan rupanya yang baru tula, si gadis ni mula menjalankan misinya mencari 40 orang anak dara untuk dikorbankan. Dari situ bermulalah panggilan "Hantu Purdah" ke atas dirinya dan fenomena hantu purdah menjadi fenomena yang menakutkan di kalangan budak-budak remaja perempuan pada ketika itu.

Mengikut cerita dari kebanyakan yang aku dengar, hantu purdah ni pakai kereta kancil warna merah ketika dalam operasi pemburuan. Aku ingat lagi waktu tu...mak aku pesan kalau aku balik dari sekolah dan ada perempuan berpurdah hitam pakai kereta kancil merah nak tumpangkan aku balik, jangan naik tapi lari je terus dari situ.

Sebenarnya, kebanyakan ibu-ibu berpesan supaya menjaga keselamatan diri pada ketika kisah hantu purdah sedang hangat bak pisang goreng panas. Budak-budak perempuan ramai yang tak berani main kat luar rumah dan bila balik dari sekolah jer terus masuk rumah.

Ini pulak cerita dari mulut mak saudara aku, ntah betul ke tidak tu aku tak tahu...dia ada terdengar yang si hantu purdah ni pernah menjenguk sebuah kilang elektronik di Kuching, Sarawak. Waktu tu tengah malam dan si hantu purdah ni berhentikan kancil merah dia depan main entrance dan terus keluar dari kereta dia menghampiri pondok pak guard.

Dia tanya "Banyak ke anak dara bekerja syif malam ni, pakcik?"

Pak guard tu hairan, naper perempuan tu tanya macam tu "Biasalah banyak anak dara kerja malam ni, kenape tanya? Awak cari siapa?"

"Takde siapelah pakcik...tanye jer.." dengan jawapan ringkas itu, dia pun masuk balik ke dalam kereta dan pergi dari situ.

Ada jugak aku dengar ada beberapa orang gadis IPTA di sini yang telah menjadi mangsanya...betul ke tidak wallahualam...

Fenomena hantu purdah ni sukar untuk disahihkan kebenarannya tetapi kisah ini pernah keluar di dalam Harian Metro dan akhbar tersebut berjaya menemuramah ibu si hantu purdah itu. si ibu menceritakan bagaimana anaknya boleh terjebak dalam ilmu hitam itu dan ini saya tidak pasti sama ada si ibu atau si bapa pernah berpesan kepada sesiapa sahaja untuk membunuh dia menggunakan buluh kuning ke aku pun tak ingat jika terserempak dengan dia.

Bagi mereka, anak gadis mereka ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi akidah nya entahlah...tapi ada pulak pihak yang menangkis dakwaan itu dan mengatakan akhbar tersebut cuba untuk mengada-adakan cerita untuk melariskan jualan akhbar mereka.

Kisah hantu purdah ini jika dilihat dari sudut yang positif ada jugak kebaikannya kerana telah mengurangkan gejala sosial yang parah pada masa itu. Ada juga yang cakap, kisah ini sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk menakut-nakutkan para remaja perempuan yang gemar berpeleseran sehingga dinihari.

Ada jugak beberapa kisah lucu yang berkait dengan fenomena hantu purdah ni. Kakak aku dengan kawan dia pernah lari lintang-pukang balik ke asrama dia bila terlihat kelibat kancil merah sedang menuju ke arah dieorang lepas balik dari kerja sepupu aku pernah tersalah sangka ustazah sekolah dia adalah hantu purdah selepas bertembung dengan ustazah die tu dekat tangga sekolah.

Sehingga hari ini...misteri tentang kewujudan hantu purdah masih tidak terjawab...ada yang mengiakan dan ada juga yang menafikan. Tapi yang semestinya...satu jer persoalan yang bermain di dalam fikiran aku sekarang...dah lengkap ke jumlah anak dara 40 orang tu?

Yang ni plak dicopy dari blog liyanalunia
"Ingat tak,surat khabar metro pada sekitar tahun 1996 ade wat liputan tentang seorang ibu membuat pendedahan mengenai anaknya iaitu seorang wanita yg berasal dari pantai timur yg kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

kononnya anaknya telah melanggar pantang bersusuk akibatnya mukanya menjadi hodoh dan dgn cara meminum darah 20 orang anak gadis yang masih dara barulah mukanya kembali kepada asal.. dan lebih mengemparkan pada masa tu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah..

selain tu gak, si wanita ni kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yg hodoh tu.cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu"

Sape ingat lagi? ;-)

6 ulasan

Unknown berkata...

kisah hantu asrama - theothersclan.com

PrincezZara berkata...

ingat citer tu...tapi ms tu xtau pulak panggil hantu purdah...kitorng panggil pmpn isap darah, memang takut jugak masa tu...penah 1 ketika (xtaula betul ke tidak), ada sorang kawan cerita pmpn ni datang rumah (xtaula rumah sape) berpurdah lepas tu tuan rumah kena hisap darah lebih kurang macam tula...

Unknown berkata...

tak pernah dengar pun..hihih

EIIKI MINERVA berkata...

Woww~~

Cik Zira berkata...

Fuhh seramnya! Tahun 96-an tu umur sy baru 1 tahun, teringin juga nak tahu lebih lanjut kisah-kisah hantu zaman 90 ni. Memang menakutkan.

norasiahnasir berkata...

weh igt that time aku ambik SPM..kawan2 aku pakat pakai inai kunun baru kawen..Tapi masa kes hantu purdah ni..masalah sosial remaja wanita yakni bohsia..

siap keluar MHI..mastu pengacara arwah aziz desa..

sangat ingat cerita bi,bila malam2 sepi sunyi..siap siapa bagi salam tak jawab...

memori betul...