Header Ads

Terkini

Oh Yeah : 6 Misteri Dunia Yang Belum Terungkai

Views
"One may say the eternal mystery of the world is its comprehensibility" - Albert Einstein

1. Skru Besi Berusia 300 Juta Tahun!


Skru besi ini dijumpai secara tidak sengaja oleh Dmitry Kurkov dari Russia apabila beliau tengah mencari serpihan meteorit berdekatan dengan rumahnya. Beliau mengutip sebijik batu yang telah menarik perhatiannya lalu membelek-belek batu tersebut. Beliau terkejut apabila ternampak sebijik skru lama melekat di batu tersebut lalu meminta para saintis memeriksa batu tersebut. Penemuan beliau telah menimbulkan pelbagai soalan khasnya saintis-saintis yang telah menyelidiki skru tersebut bahawa skru tersebut telah berusia 300 juta tahun! Bagaimana pada zaman tersebut mempunyai teknologi yang canggih untuk menghasilkan skru besi? Dan apakah yang dibina oleh masyarakat pada zaman tersebut menggunakan skru besi itu? Perkara ini tiada jawapannya sehingga hari ini.

2. Batu Bergerak Sendiri


Sesiapa sahaja, walaupun pihak NASA jugak tak mampu menrungkai misteri batu bergerak sendiri ni. Batu bergerak bebas tanpa bantuan, tetapi tiada siapa yang pernah melihat dan merekodkan pergerakan batu tersebut menggunakan kamera. Pergerakan yang sama telah direkodkan di beberapa tempat yang lain. Walau bagaimanapun, sehingga sekarang misteri batu ini tidak dapat dirungkaikan.

3. Kewujudan Punca Elektrik Dikawasan Piramid Besar Mexico


Teotihuacan, Mexico. Kepingan besar mika ditemui tertanam di dalam dinding bandar Mexico purba. Mica kini digunakan dalam pengeluaran tenaga elektrik. Dalam konteks ini, persoalan yang timbul ialah mengapa pembina menggunakan mineral ini di dalam bangunan-bangunan di bandar ini. Adakah arkitek zaman purba dahulu sudah mempunyai dan mengetahui teknologi untuk menghasilkan tenaga elektrik? Sehingga kini tiada jawapan yang ditemui.

4. Jambatan Anjing Bunuh Diri


Suicide Dog Bridge di Overtown, berhampiran Milton, Dumbarton, Scotland. Dibina pada tahun 1859, jambatan berhampiran Overtown mempunyai kes-kes yang tidak dapat dijelaskan  sehingga sekarang di mana anjing yang akan melalui kawasan ini akan membunuh diri dengan melompat dari jambatan itu. Kejadian pertama kali dicatatkan pada tahun 1950-an atau 1960-an, apabila orang ramai menyedari bahawa anjing yang melalui kawasan ini akan tiba-tiba resah gelisah lalu terus melompat dan jatuh sehingga berkecai! Damn!

5. Loladoffa Plate

 

"Plat Loladoffa" dijangkakan berusia 12,000 tahun ialah piring batu ditemui di Nepal. Ianya telah membuktikan bahawa Mesir bukanlah satu-satunya tempat yang dikunjungi oleh alien pada zaman purba. Bukti ini jelas menunjukkan UFO dalam bentuk piring. Terdapat juga gambar alien pada piring tersebut. Is this true?

6. Bateri Lama Baghdad


Pada tahun 1936, saintis daripada Jerman iaitu Wilhelm Koenig, yang bekerja di Muzium Arkeologi Baghdad, membawa objek pelik yang ditemui semasa penggalian penempatan purba Parthian berhampiran Iraq. Ia adalah tanah liat mempunyai ketinggian setinggi mangkuk kecil kira-kira 15 sentimeter. Di dalamnya adalah silinder tembaga, atasnya ditutup dengan penutup besi. Dr Koenig membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu bateri elektrik, yang dicipta hampir dua ribu tahun sebelum penemuan Galvani dan Volta. Egyptologist, Arne Eggebreht telah mencipta satu replika pasu berisi cuka wain dan diukur menggunakan alat pengukur menunjukkan voltan sebanyak 0.5 V terhasil. Adakah bateri sebenarnya sudah lama wujud sejak zaman purba lagi dan mempunyai kaitan dengan kota Atlantis yang hilang dan tenggelam?

Tiada ulasan