Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Misteri Segitiga Borneo - Bermuda Triangle Versi Borneo

Views
Jangan biarkan hidup anda diselubungi Misteri....auuuuuuuuuuu (bunyi salakan serigala)

Pernah dengar pasal Bermuda Triangle kan? Ala, kawasan yang banyak menghilangkan pesawat dan kapal yang lalu disekitar kawasan berbentuk segitiga di Bermuda. Kehilangan pesawat dan kapal-kapal ini menjadi tanda tanya kerana tiada satu bukti dan mayat yang dijumpai. Perkara ini jugak berlaku di Borneo. Segi Tiga Borneo ini terletak di kedudukan antara Bario, Pa’Lungan dan Gunung Murud di Sarawak.


Gunung Murud
Kawasan ini antara yang paling ditakuti dalam kalangan juruterbang yang sering berulang-alik antara Bario ke Ba’kelalan. Seorang juruterbang Hornbill Skyways yang enggan dikenali berkata, kawasan berkenaan mempunyai persamaan dengan Segi Tiga Bermuda dan menyimpan pelbagai misteri. Mereka menyifatkan tugas menerbangkan pesawat di situ sebagai amat mencabar kerana ia menjanjikan 1,001 kemungkinan kepada juruterbang yang bakal melaluinya. Tidak ada apa yang boleh dijangkakan dengan tepat jika melalui laluan itu, baik dari segi cuaca mahu pun tiupan angin kerana kedua-dua fenomena alam itu boleh berubah dengan pantas. Kedudukannya yang tinggi dari aras laut iaitu melebihi 600 meter, ditambah bentuk muka bumi bergunung-ganang menambahkan lagi kesukaran kerana ia menyempitkan ruang penerbangan yang ada.


Malah seorang jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga memberitahu bahawa kawasan berkenaan memang terkenal sebagai kawasan berbahaya sejak zaman pemerintahan British lagi. Sekiranya pesawat terhempas di kawasan tersebut, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis jika lambat diselamatkan. Mangsa mungkin boleh bertahan beberapa hari dengan memakan serangga dan pucuk-pucuk kayu tetapi faktor cuaca yang memburukkan keadaan.



Umum mengetahui yang Segi Tiga Borneo ini sudah banyak kali ‘memakan’ manusia. Pelbagai nahas udara melibatkan kapal terbang dan helikopter berlaku di sini. Pelbagai pesawat dan helikoper mencari dan menyelamat akan datang ke Bario untuk bersama-sama membantu operasi mencari dan menyelamat menjadikan Lapangan Terbang Bario seperti karnival pertunjukkan udara yang terbesar di Sarawak.



Pesawat dan peralatan canggih seperti pesawat PC-3 Orion dari Amerika Syarikat, sistem maklumat geografikal (GIS), kamera digital pengesan haba infra merah dari Australia digunakan. Rupa-rupanya peralatan canggih yang dikatakan boleh mengesan benda sekecil syiling 10 sen itu mempunyai kemampuan yang terhad apabila berdepan dengan konflik di Bario.




Penggunaan peralatan canggih yang tidak membuahkan sebarang hasil itu kadang-kadang akan menyebabkan keluarga mangsa ini menggunakan khidmat bomoh bagi membantu mengesan kedudukan mangsa secara ghaib. Upacara ini dilakukan secara rahsia. Daripada fakta yang dijelaskan, kawasan segitiga Borneo ini lebih kepada kecelakaan di udara berbanding segitiga bermuda. Kalau sesiapa yang pernah naik flight ke Sarawak, mesti korang akan merasai gegaran yang sedikit kuat berbanding flight di kawasan semenanjung. Hal ini adalah mungkin kerana magnetic latitude yang kuat di Sarawak.

4 ulasan

kucing comel berkata...

mantap blog ni...macam ni la aku suka...clear & kemas....

congratz url blog awak dah masuk dalam bloglist blog 3 dalam 1 dah :)

JohanHarith berkata...

Yay! thanks monyet rimau, :-)

Admin berkata...

Assalamualaikum...

Saya dah cari maklumat di Google.. Nama pesawat canggih tu ialah "PC-3 Orion" bukan PC-3 Orient.. Bila saya buat carian imej, pada kata kunci PC-3 Orient, tak ada gambar kapal terbang, sebaliknya yang dicadangkan oleh Google dengan ejaan Orion, barulah jumpa....

JohanHarith berkata...

thanks ahmad zaki, jangan lupa join blog ni k