Header Ads

Terkini

Review Ikhlas Man Of Steel

Views
Penantian selama 2 tahun akhirnya sudah berakhir. Ermmm...darimana aku nak mulakan?Movie ni aku tengok ari khamis masa mula-mula tayangan, penuh panggung wooo. My expectation mula-mula daripada trailer dia, 'fuh, movie suparman baru ni macam hebat je siak.'

Itu baru trailer k, TRAILER. Semua orang ada citarasa masing-masing kan, ade yang akan cakap best, dan ade yang cakap tak best. Bagi aku, benda ni subjektif la, bukan macam kita jawab soalan objektif kat kertas jawapan SPM tu. Mengapa baru hari ni aku nak bagi review? Ha, sebab hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti makan free (kenduri).



So, hari ni dah free sikit, aku nak bagi review. Ok, mula-mula aku bagi sipnosis dulu k. Sipnosis ni aku tak ikut urutan dalam movie sebab terlampau banyak flashback, so aku ikut peredaran masa dia dari kecik sampai dia jadik superman.

Superman atau Clark Kent atau jugak Kal-El dilakonkan oleh Henry Cavill adalah seekor alien yang datang dari planet Kryton (Bahagian ni aku rasa macam sejibik macam cerita Dragon Ball tul dak?) dengan kapal angkasa yang dihantar oleh mak bapak nya iaitu Jor-El lakonan Russel Crowe dan Lara Lor-Van lakonan Ayelet Zurer.



Mereka menghantar Kal-El ke bumi kerana planet yang mereka duduki berada diambang kiamat dan juga pemberontakan daripada watak antagonis movie ni iaitu Jeneral Zod lakonan Michael Shannon dan kuncu-kuncunya.


Disebabkan pemberontakan itu, Jor-El dibunuh oleh Jeneral Zod dan menyebabkan Jeneral Zod ditangkap bersama-sama kuncu-kuncunya lalu dikurung dalam sarung berbentuk macam 'penis'? Hrmmm, ok, Lara iaitu mak Kal-El plak mati semasa planet Krypton musnah meletop bom kebabom. Kal-El tadi dah besar diberikan nama Clark Kent oleh mak bapak tirinya iaitu penduduk bumi yang ada ladang iaitu Jonathan Kent lakonan Kevin Costner dan juga Martha Kent lakonan Diane Lane. 



Semasa Clark Kent kecik, dia mengalami masalah untuk menyesuaikan diri kerana dia kan alien sebagai contoh telinga dia super sensitif, boleh dengar kata hati orang dan dia juga disisihkan daripada budak-budak sekolah. 



Dia jugak selalu kena buli. Tapi, buli-buli orang pun dia selalu selamatkan budak-budak sekolah daripada kecelakaan yang menjadikan orang berasa ada sesuatu yang pelik dengan dia ni.


Pastu, dah besar sikit peringkat remaja, bapak dia plak mati sebab tragedi ribut taufan yang melanda. Kalau ikutkan, boleh je Clark selamatkan bapak dia, tapi bapak dia tunjuk isyarat 'xyah la'. Bapak dia pun mati. 



Sebelum bapak dia mati, bapak dia sempat plak tunjukkan kapal yang menghantar dia ke bumi dan disitu la bapak dia bagi benda yang Jeneral Zod inginkan gila-gila punya iaitu Codex yang boleh menghasilkan planet Krypton dan alien-alien tu balik.



Then, Clark Kent tinggalkan mak dia lalu mencari identitinya sendiri diluar. Dari situlah permulaan Clark bertemu dengan Louis Lane lakonan Amy Adams semasa Clark berjaya menemui kapal khas yang dihantar oleh Jor-El yang mempunyai Holografi beliau. Holografi Jor-El telah diprogramkan oleh Jor-El sendiri untuk memberitahu Clark segala rahsia dan perkara yang berlaku sebelum kematian beliau. Dari situlah Clark Kent menjumpai sut khas beliau yang direka oleh bapaknya sendiri.


Apabila Clark Kent berjaya menjumpai kapal rahsia tersebut, secara tak langsung Clark telah memberikan signal kepada Jeneral Zod yang telah bebas dari kurungan di angkasa lepas menyebabkan Jeneral Zod menghantar ugutan kepada umat manusia di muka bumi agar menyerahkan Kal-El kepada beliau. Dari situlah pelbagai perkara yang berlaku menyebabkan Clark Kent menyerahkan diri agar manusia tidak diapa-apakan. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Ha....kena la tengok sendiri.









Ok, itu sipnosis dia, aku nak bagi review aku plak skang. Ok, first sekali, dia punya permulaan ok la, not bad penceritaan asal usul Clark Kent yang sebenar iaitu beliau adalah seekor mahkluk asing. Termasuk Man of Steel ni dah ade 3 filem terbaru kesemuanya filem alien menakluki bumi, iaitu Transformer Dark Of The Moon, The Avengers dan Man Of Steel ni. Dah macam fenomena mat rempit kat dalam filem Malaysia plak dah. Permulaan dah ok, tapi bila part banyak flashback, aku dah mula macam ah, shitt. 



Pengarah filem ni Zack Snyder terlalu banyak sangat guna flashback untuk memampatkan jalan cerita sampai jalan cerita dia macam laju sangat macam radio kaset yang dilajukan. Walaupun producer dia Christopher Nolan, filem ni aku rasa tak mampu menyaingi The Dark Knight lagi. Dari segi kostum, memang aku teruja dan respek, memang smart siak. Zack Synder memang terer twist sikit filem ni untuk menunjukkan elemen-elemen realisma sepertimana The Dark Knight Rises, iaitu menjadikan sesebuah filem itu menjadi dark. Sama jugak Man of Steel ni, ianya adalah versi dark superman.



Bila lama aku peratikan Henry Cavill ni ada iras-iras macam muka Tom Welling kan? Entah-entah idea asal memang nak amik Tom Welling jadik Clark Kent dalam filem ni. Ala, Tom Welling tu yang berlakon Smallville tu, superman versi drama. Part-part lain dalam filem ni dah ok, cuma bila time dia fight, aku rasa elemen realisma tu dah tak ada dah.

Fight scene dah macam kartun siak. CGI dia tak berjaya menaikkan bulu roma aku. Shittt, aku rasa better diaorang buat filem reboot Dragon Ball. Aku rasa lagi sesuai. Sebab banyak persamaan dah dengan Dragon Ball aku tengok. Last sekali keseluruhannya aku bagi 3/5. Kalau la tak banyak sangat flash back dengan fight scene dia lebih real, aku rasa filem ni boleh kalahkan The Avengers.

Ironman 3 lain cerita, Ironman 3 memang terbaik dari ladang. So far, ok la sikit dari Superman Returns 2006 tu, dahla pelakon macam bapok, lakonan kayu plak tu. Lupa plak aku nak tambah, Zack Snyder ni pun satu gak kurang teliti, awat bulu dada Henry Cavill tu terkeluaq daripada sut yang dah smart tu? Aduiyaiiii, failll la.Adios!

2 ulasan

Unknown berkata...

g kenduri x ajjjekkkkk

JohanHarith berkata...

aku pergi kenduri berkhatan, nak ke ko join?