Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Harga Honda Jazz CKD Di Langkawi Hanya RM36,800??!!

Views
What the....


Untungnya mereka yang tinggal di Pulau Langkawi. Mana tidaknya, harga Honda Jazz CKD Petrol yang dilancarkan baru-baru ini di situ hanya RM36,800. Memang berbaloi sangat-sangat. Untuk makluman, harga asal model terbaru Honda ini ialah RM74,600. Ini bermakna diskaun sebanyak separuh telah diberikan.


Harga RM36,800 ini adalah termasuk insuran. Namun begitu, agak pelik apabila paparan laman web Honda Malaysia terkini tidak lagi memaparkan harga untuk model ini. Mungkinkah terlalu banyak tempahan yang telah diterima di situ sehingga menyebabkan tempahan baru terpaksa ditutup?

Kepada pembaca  yang berada di Langkawi, mungkin boleh kongsikan maklumat terkini mengenai situasi tempahan Honda Jazz CKD Petrol di sana. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan informasi terkini daripada pihak Honda sendiri.

*Update Terkini - Berita terbaru daripada HONDA – Bagi pembeli/pelanggan yang telah membuat tempahan di showroom Langkawi, sebelum atau pada 14 Julai 2013 harga rm 36,800.00 OTR adalah sah dan diguna pakai. Tetapi bagi yang membuat tempahan selepas tarikh tersebut- harga telah pun berubah dan akan dimaklumkan kepada pelanggan dalam masa terdekat. FFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!

Sumber : Arena Kereta

Tiada ulasan