Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Hujan Meteor? Takda Pun??

Views
Takde nasib!

Banyak status-status kat facebook teruja dengan fenomena hujan meteor ni. Jadi aku pun teruja la nak tengok gak. Tunggu punya tunggu, takda apa-apa pun. Hahahahaha, macam menunggu You'll never walk alone menang piala plak. Haiyaaaaa. Rasanya kat Malaysia ni tak nampak kot sebab kat luar negara ade je nampak? Bawah ni artikel aku kutip daripada Bernama. 


Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ini (Isnin) sehingga subuh pada esok (Selasa). Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. 

"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. "Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad. Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. "Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - BERNAMA

Tiada ulasan