Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Manchester United Julang Piala Perisai Komuniti Yang Ke-20!!

Views
GGMU!!

Semalam sape kat sini tengok game ni? Wahahahahaha, dengan pengurus baru Manchester iaitu David Moyes, The Red Devil berjaya menjulang Piala Perisai Komuniti buat kali yang ke 20!. Beberapa fakta yang menarik aku jumpa sendiri mengenai kemenangan ni. Juara Liga ke 20, Juara Perisai Komuniti ke 20, penjaring gol iaitu Van Persie bernombor 20, dua-dua dia skor, last sekali Manchester United mengalahkan Wigan 2-0. Semua berkaitan dengan 2 dan 0. Hahahahahahaha. 



Penyerang sensasi skuad The Red Devils, Robin van Persie membuatkan para peminat Wigan terdiam seketika selepas pemain antarabangsa Belanda itu meledak gol pertama United seawal minit keenam.


Selepas itu, kedua-dua pasukan saling melancarkan se rangan namun kedudukan 1-0 itu kekal sehingga perlawanan berhenti berehat.

Selepas perlawanan bersambung pada babak kedua, United terus mengasak ke kubu Wigan dan hasilnya pada minit ke-59 bermula daripada gerakan Patrice Evra yang meng hantar kepada Danny Welbeck kemudian, Welbeck mengumpan cantik untuk disudahkan oleh van Persie untuk gol kedua.


Usaha United menambah gol ketiga tidak kesampaian terutama peluang terbaik menerusi pemain gantian, Shinji Kagawa pada minit ke-86 dihalang oleh pertahanan Wigan dan kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel dibunyikan.


Dalam pada itu, kejayaan United menjulang trofi pertama pada awal musim ini ternyata menyuntik semangat buat pengendali United, David Moyes kerana The Red Devil menampilkan aksi longlai dalam aksi pra-musim apabila mencatat dua kemenangan sahaja daripada tujuh aksi pe manas badan itu.

Pemain sayap, Wilfried Zaha yang juga satu-satunya pemain yang dibeli United setakat ini turut menampilkan aksi terpuji dengan larian-larian derasnya di bahagian sayap kanan United begitu juga pemain muda, Adnan Januzaj yang dimasukkan pada separuh masa kedua turut menampilkan permainan meyakinkan.


Sementara itu, pemain tengah United, Michael Carrick dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan Perisai Komuniti itu.

Sumber : Kosmo

Tiada ulasan