Header Ads

Terkini

Oh Yeah : FIFA 14 Review

Views
Hooooo yeaaahhhhhhh...

Apa khabar rakan-rakan sekalian? Tak update blog dekat seminggu dah, hehehe. Sebelum ni aku review PES 14 dan keputusannya memang mengecewakan. Kalau Konami tak buat apa-apa improvement yang awesome, aku rasa dalam 3-4 tahun boleh bungkus je la PES (Pro Evolution Soccer). Semalam aku berjaya membeli sekeping dvd FIFA 14 untuk XBOX punye. Padahal dah 2-3 hari dah keluar di pasaran. Nak beli FIFA 14 untuk pc ade, tapi original punya berharga RM130 selepas ditawarkan harga oleh tauke kedai. Harga asal adalah RM149.90. Tauke tu kata " aiyyooo, lu beli ori la..boleh main online maaaaaa..". Aku hampir terpikat dan hampir membeli sebab tak pernah try main online kan. Tapi nasib baik iman di dada ni masih kuat. Bila ingatkan balik, jangan membazir duit dengan benda-benda yang tak penting. Ok, tak jadi beli, lalu aku beli yang XBOX punye je, hehehe.


Apalagi, balik rumah je, cepat-cepat setup XBOX depan TV LED 46 inci Sony Bravia (XBOX kena setup sebab lepas abis main, terus masuk kotak balik, jaga leklok sebab hadiah hantaran kawin, hehehehe). Aku pakai XBOX Star Wars Limited Edition punye macam gambar kat bawah ni.


Dalam hati berkata-kata hope tak macam PES 2014. Jyeahhhhhhhhhhhhhhhhhh, harapan aku menjadi kenyataan, FIFA 14 the best. Awal-awal keluar je kat skrin tv aku dah macam wow. Grafik dia da improve sikit dari segi layout grafik. Memang awesome. First sekali aku nak tengok ialah player dia update atau tak. Bila tengok, banyak player tak update mengikut latest transfer. Kalau main online, just klik je update. Amik masa gak aku nak transfer player-player ni. Antara player top dan famous yang tak ditransfer lagi adalah, Gareth Bale, Mesut Ozil, Marouanne Fellaini, dan macam-macam lagi. Lepas aku update, aku setup dia punya controller. 

Aku ikut setting controller macam yang sebelum ni untuk keselesaan aku, hehehehe. Interface dia yang awesome tu lebih kurang macam gambar bawah ni.


Paling aku teruja dia punya interface untuk formation tu, peh, memang terbaik siot. Ok, untuk first game ni aku pilih Manchester United vs Real Madrid. Mula-mula aku setup formation. Lepas tu game start je aku perasan yang dia punya commentator dah lain daripada yang dulu, yeahhuuuuuu. Baru la tak boring nak dengar kan. Then, intro sebelum game macam biasa gak, ade macam training dulu, tapi dah improve jadi lain sikit. Masa yang ditunggu dah tiba, pada permulaan game, memang dah lain tak macam FIFA 13, good job EA Sports! Oh ya, untuk control skill, control dia dah baru sikit, sama jugak macam freekick. Ada pembaharuan dalam control dia kali ni. Macam yang aku jangkakan, movement dia sama dengan FIFA 13, kiranya macam recycle je. Tapi itu tak menjadi masalah. Sebab untuk freekick passing jauh dan gameplay dia dah ade pembaharuan. Cuma aku ade perasan bila defend ade macam lain sikit, mungkinkah pembaharuan jugak?


Dari segi dribble aku ibaratkan dribble tu macam aiskrim, memang sedap gila bak hang. Pergerakkannya memang smooth dan tak skema macam PES 14. Skema tu maksud aku pergerakkannya terbatas. Dari segi shooting, aku memang puas ati gila babeng! Arghhhhhh, tak sabar nak balik keje main FIFA 14 nih.  Apa-apa pun aku suggest kat korang game ni daripada PES 14! Rating aku bagi 4.5/5. Terbaikk wokkkk.

1 ulasan

Unknown berkata...

jommmmm pg yikkk ppoooonggg gonggggg