Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Gareth Bale Bintang Terbaru Real Madrid Diikuti Dengan Perpindahan Saat-Saat Terakhir Malam Tadi

Views
I guest Bale is overrated..

Madrid: Gareth Bale (gambar) diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid semalam selepas melengkapkan perpindahan dari Tottenham Hotspur dengan yuran rekod dunia yang tidak didedahkan. Pemain Wales itu bersetuju dengan kontrak enam tahun dipercayai bernilai 10 juta euro (RM43 juta) setahun dan diperkenalkan kepada media dan penyokong kelab selepas menjalani pemeriksaan perubatan di ibu negara Sepanyol itu. Laporan di England menyatakan perpindahan itu menjadikan Bale pemain termahal dunia dengan Real dikatakan membayar 101 juta euro (RM436 juta) untuk mendapatkan khidmatnya. Bagaimanapun, media di Sepanyol menegaskan Real hanya membayar 91 juta euro (RM393 juta), kurang 3 juta euro (RM12.9 juta) daripada nilai dibayar Los Blancos terhadap Cristiano Ronaldo pada 2009.


Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap orang di kelab, pengerusi, ahli lembaga pengarah, jurulatih dan pemain serta penyokong setia yang saya harap memahami peluang terbaik dalam karier saya ini,” kata Bale. Saya tidak pasti jika ada masa lain lebih sesuai untuk meninggalkan sebuah kelab yang saya berasa selesa dan mempamerkan aksi terbaik setakat ini. Saya tahu ramai pemain bercakap mengenai keinginan mereka menyertai kelab yang dipuja sejak kecil, tapi secara jujur saya katakan, impian saya kini menjadi kenyataan
Tottenham akan kekal berada di ingatan dan saya pasti musim ini mereka akan berjaya. Saya kini teruja menanti babak baru kehidupan saya, bermain bola sepak buat Real Madrid.”

Bale mengejutkan lebih 20,000 peminat baru di Santiago Bernabeu apabila membuat pengumuman ringkas dalam bahasa Sepanyol. Dia memberitahu penyokong akan membantu kelab itu memenangi “decima” atau kejuaraan Eropah ke-10.

Dia kemudian mengucapkan terima kasih terhadap sambutan meriah diterimanya dan menjerit “Hala Madrid!”, sekali gus menerima sorakan gegak-gempita.

Bale diburu kelab gergasi Sepanyol itu berikutan persembahan menakjubkan buat Tottenham musim lalu yang menyaksikannya dinobat Pemain Terbaik Tahunan oleh persatuan pemain dan persatuan penulis bola sepak. -AFP

Manakala perpindahan terbesar saat-saat akhir malam tadi ialah Marouane Fellaini Everton-Manchester United, Fabio Coentrao Real Madrid-Manchester United (Loan), Mesut Ozil Real Madrid-Arsenal.

*Update - Fabio Coentrao tak jadi pindah disaat-saat akhir sebab kerani tak sempat siapkan kertas kerja untuk proses menandatangani perjanjian. Tak tau kerani Man. Utd atau Real Madrid yang lembab. Sila pecat.

Sumber : Metro

Tiada ulasan