Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Halal Dan Haram Dalam Sistem Perbankan Di Malaysia

Views
Sharing is caring..

Alamak, aku baru je tau pasal benda ni. Maknanya pinjam PTPTN dan buat loan kat bank konvensional ni haram la ye? Aiseyman, takkan aku nak bayar cash kot duit PTPTN dengan loan kereta? Mana aku ada duit banyak tu. Haishh, macam mana ni ek? Apapun, biar aku share artikel informasi yang aku jumpa kat blog ni. Apabila masuk alam pekerjaan, kita akan deal banyak dengan duit. Bila sebut pasal duit, satu perkara yang kita tak boleh lari ialah isu HALAL dan HARAM berkaitan duit. Ini termasuklah cara kita mendapatkan duit, cara kita menyimpan duit, cara membelanjakan duit seperti pelaburan dan pengumpulan harta, dll.


Dalam hal ini, mesej asas yang ingin aku sampaikan ialah – SILA GUNAKAN KHIDMAT PERBANKAN/INSTITUSI KEWANGAN ISLAM dalam apa-apa pun urusan yang melibatkan duit. Perkara itu malahan menjadi kewajipan buat kita selaku umat islam, bukan satu alternatif seperti sangkaan ramai.


Ringkasnya, dalam dunia hari ini, ada perbankan islam dan perbankan konvensional. Bezanya, produk/servis perbankan islam adalah menepati syariah manakala produk/servis perbankan konvensional pula asasnya adalah riba. Sila klik link dibawah untuk meneruskan bacaan.

Allah SWT telah secara jelas mengharamkan riba, seperti yang tercatat di dalam al-Quran yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang beriman;
Jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan Rasul-Nya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. Kamu tidak berbuat zalim dan tidak dizalimi.”
(Surah al-Baqarah: 278 – 279)
Oleh kerana perbankan konvensional itu asasnya riba, maka sekaligus ianya menjadi satu sistem yang haram untuk kita gunakan. Lebih-lebih lagi kita yang berada di Malaysia, kita punya banyak ruang dan pilihan untuk memilih selain daripada perbankan konvensional iaitu sistem perbankan islam itu sendiri. Antaranya Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank Islamic, CIMB Islamic, HSBC Amanah, dan banyak lagi.


Jadi, tiada alasan lagi buat kita untuk terus ‘melekat’ pada perbankan konvensional!

‘To Create Awareness‘

Sebelum aku meneruskan, ingin aku tegaskan bahawa apa yang aku tulis ini bukan bermaksud untuk ‘mengajar’ sesiapa pun yang sedang membaca ini tentang topik perbankan. Sungguh aku tak layak.

Apa yang ingin dicapai ialah sekadar menimbulkan kesedaran (creating awareness) tentang isu ini dan untuk selanjutnya bolehlah merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang ini (insyaAllah akan aku sertakan rujukan di akhir post ini).

Oleh kerana ramai orang sudah/bakal terlibat dengan transaksi pembelian kereta dan rumah, kita akan lihat CONTOH perbezaan antara bank konvensional dan bank islam dari aspek ini. Hal ini kerana, masih ramai yang beranggapan bahawa TIADA BEZA antara kedua-duanya. :(


Beza Perbankan Konvensional dan Islamik

Kalau ikut pada tulisan pakar-pakar kewangan islam, ada banyak perbezaan antara bank islam dan bank konvensional. Salah satunya ialah, jika kita menggunakan bank Islam untuk membiayai (financing) pembelian kereta/rumah, kita bukan PINJAM dari bank.

Apa yang berlaku, bank BELI dari penjual kereta/rumah (atas permintaan kita) dan kemudian MENJUALkannya kepada kita dengan harga pasaran + peratus untung (profit rate).

‘Profit rate’ yang diambil oleh bank islam TIDAK SAMA dengan ‘interest rate’ (bunga/riba’) yang dicaj oleh bank konvensional.

*memang silap la siapa yang ingat dua benda tu sama*


Kita lihat contoh:

[i] Bank Konvensional

*Harga pasaran sebuah kereta: RM 100,000

*Pinjam daripada bank konvensional dengan interest rate 2.4%,

- jumlah yang DIPINJAM: RM100,000

- jumlah BAYAR BALIK (secara ansuran): RM 102,400

- ansuran 9 tahun, sebulan bayar: RM 948

[Kes Lambat Bayar - sekadar contoh]

Setiap kali lambat bayar, dikenakan lagi interest sebanyak 3% sebulan.

- pada kali pertama lambat bayar – RM 948 + 3%: RM 976

- kalau 2 bulan berturut-turut lambat bayar – (RM 976 + 3%) + (RM 948 + 3%)

….dan seterusnya.

[!] TAKE NOTE: bayaran tambahan semakin bertambah setiap kali lambat bayar – ‘interest’ dikenakan ke atas ‘interest’

#Interest 2.4% dan 3% dijadikan SUMBER KEUNTUNGAN oleh pihak bank – ini adalah riba’ dan ianya HARAM di sisi syariah


[ii] Bank Islam

*Harga pasaran sebuah kereta: RM 100,000

*Beli daripada bank islam dengan profit rate 3.0%,

- bank BELI dari penjual kereta: RM 100,000

- bank JUAL kepada kita: RM 103,000

- bayar secara BERTANGGUH (atau guna akad SEWA kemudian BELI) selama 9 tahun, sebulan bayar: RM 954

[Kes Lambat Bayar - sekadar contoh]

- setiap kali lambat bayar akan dikenakan ‘denda’ sebanyak 1% sebulan.

- pada kali pertama lambat bayar – RM 954 + 1%

- kalau 2 bulan berturut-turut lambat bayar – (RM 954 + 1%) + (RM 954 + 1%)

[!] TAKE NOTE: bayaran tambahan adalah tetap (fixed) setiap kali lambat bayar
#Caj 1% ini adalah DENDA sebagai peringatan (sekadar untuk mendisiplinkan pembayar), bukan SUMBER KEUNTUNGAN pihak bank – caj denda ini harus di sisi syariah

#Caj 1% ini tidak boleh diambil oleh pihak bank dan harus mereka SEDEKAHKAN (kepada orang miskin, etc)

#Profit rate 3% adalah HALAL dan HARUS di sisi syariah kerana kita MEMBELI dengan harga yang kita persetujui (kalau kita tak setuju dengan ‘profit rate’ yang bank minta, tak ada paksaan untuk kita beli)


‘Profit Rate’ dan ‘Interest Rate’: Ada Bezanya

Ada yang kata, ‘profit rate’ yang diambil oleh bank islam lebih mahal berbanding dengan ‘interest rate’ bank konvensional (kononnya) – lalu membuat kesimpulan sistem perbankan islam itu ‘zalim’!

Zalim bukan disandarkan kepada ‘mahal’ atau ‘murah’ sesuatu itu.

Contoh:

Sehelai t-shirt Quiksilver 100% cotton:

- harga kos: RM 10
- harga jual: RM 80
- profit: RM 70

Sehelai t-shirt putih Pagoda 100% cotton:

- harga kos: RM 10
- harga jual: RM 15
- profit: RM 5

Adakah kita dizalimi apabila kita memilih untuk membeli t-shirt Quiksilver yang mengambil ‘profit rate’ yang amat tinggi?
tshirt

Tidak, kerana hukumnya HARUS untuk penjual meletakkan berapa pun untung yang mereka mahu. (ada perbincangan ulama berapa limit untung yang diharuskan)

Kita memilih Quiksilver mungkin kerana kita yakin dengan kualitinya, atau kita suka branded-stuffs, dsb.

#Jadi, kalau kita beli kereta/rumah dengan pembiayaan melalui bank islam, kita tidak dizalimi jika kita bersetuju untuk membeli dengan ‘profit rate’ yang diambil oleh pihak bank.

(again, kalau tak setuju tak payah la beli kereta/rumah. Islam datang untuk memudahkan bukan untuk menyusahkan)

Zalim: Apa Yang Kita Fahami?

Kembali kepada isu ‘zalim’ atau tidak sesuatu itu, ianya bergantung kepada prinsip di sebalik sesebuah sistem itu. Dalam kes nak buat pinjaman untuk beli kereta/rumah dengan bank konvensional, kita menolak prinsip riba’ yang menjadi asas kepada sistem itu.

Riba’ itu ternyata menindas dan zalim. Kita pinjam sikit tapi kena bayar balik banyak. Itulah ZALIM.

Kalau kita banyak duit, kita takkan meminjam in the first place bukan?

Jadi, dalam islam konsep memberi pinjaman adalah dengan prinsip ingin MEMBANTU si peminjam. Kalau pinjamkan RM 10 tetapi diminta bayar balik RM 12, itu telah melanggar prinsip ingin MEMBANTU tadi. Sebab itulah di bank islam tiada khidmat ‘LOAN with interest’ (pinjaman dengan bunga) tetapi yang ada ialah JUAL-BELI.

Jelas dalam al-Quran bahawa Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba’.

Konflik: Kurang Yakin Dengan Perbankan Islam

Kepada yang tidak meyakini sejauh mana produk perbankan islam benar-benar menepati syariah, ketahuilah bahawa setiap bank yang menawarkan sistem perbankan islam ada PANEL SYARIAH mereka masing-masing (e.g. Bank Islam, Maybank Islamic, CIMB Islamic).

Jadi, dalam membuat keputusan sama ada sesuatu produk itu HARUS/HALAL/SAH dsb, ianya dibincangkan oleh panel syariah itu tadi. Mereka ini terdiri daripada para ulama’ (pakar) serta asatizah yang mempunyai background pendidikan agama.

Boleh check website bank yang ingin dirujuk untuk mengetahui kredibiliti setiap anggota panel syariah mereka. Sebelum kita ingin meragui keputusan panel syariah ini, lihatlah kembali diri kita, sejauh mana ilmu dan kefahaman agama yang kita punyai di dada untuk mempertikaikan mereka?

Kalau benar kita ada ilmu yang setanding atau lebih daripada mereka, DIPERSILAKAN untuk mencabar keputusan mereka. Malahan menjadi kewajipan untuk yang berilmu memperbaiki apa-apa kekurangan pada sistem perbankan islam yang sedia ada.

Apa-apa pun, selaku pengguna/orang awam, memadailah kita meyakini keilmuan para ulama’ dalam panel syariah ini dan mengambil apa yang mereka telah putuskan. Andai berlaku kesilapan, ia adalah tanggungjawab para ulama’ tadi kepada Allah di akhirat kelak.

Perlu Belajar Lagi

Apa yang ditulis sekadar kefahaman sendiri yang mungkin terbatas. Oleh itu, sahabat-sahabat yang lebih arif dalam bidang ini sangat dialu-alukan untuk tambah/perbetulkan mana yang tersilap. (moga Allah ampunkan mana part yang aku silap)

Apa yang ditulis ini lebih kepada ‘summary‘ jadi pasti ada lagi penjelasan lanjut beserta dalil al-Quran dan hadith yang diperlukan bagi benar-benar memahami dan meyakini setiap penetapan hukum yang berkaitan.

Mungkin di peringkat orang awam, rujukan yang baik untuk kita ialah tulisan Ustaz Zaharuddin (UZAR) melalui buku-buku karangan beliau dan wesbite: zaharuddin.net. Antara buku karangan beliau ialah: ‘Riba dan Isu Kewangan Semasa’, ‘Panduan Perbankan Islam’, dll. Satu lagi blog menarik yang berkaitan ialah: Islamic Banking Way yang ditulis oleh seorang yang berpengalaman berkhidmat dalam perbankan islam.

Tentunya yang paling afdhal, kalau boleh menuntut ilmu dan berbincang secara terus dengan para ulama’ dalam bidang ini.

Penutup

Kalau kita rasa mendapatkan yang halal itu ‘berat’/'payah’/'leceh’/'menyusahkan’ tapi kita tetap berusaha untuk ambil yang halal, yakinlah yang Allah akan memberi ganjaran dan keberkatan atas segala kesusahan yang dialami demi ketaatan kepada-Nya.

Semoga bermanfaat, semoga Allah redha, semoga Allah berkati.

Allahu’alam.

*p/s - Aku pun tak arif lagi pasal benda ni. Aku cuma share je sebagai informasi. Segala pendapat atau ilmu sila kongsikan di ruang komen.

Sumber : myfikrah89sbs

2 ulasan

norasiahnasir berkata...

thanks sharing.!!!

Abu berkata...

Wow post lama. Tapi cara pengiraan interest tu dah salah dari awal lagi. Interest rate 2.4% spt dlm contoh adalah per annum (setahun), dan dikira atas reducing balance. Pengiraannya agak complicated.
"Islamic" loan pun dalam kebanyakan kes menyerupai riba.
Pada saya, kalau tak ada pilihan, pilihlah Islamic loan. Kalau boleh pinjam dari sedara-mara tanpa interest, itu lebih baik.
Jangan lupa langsaikan secepat mungkin bila buat loan, tak kira islamic atau conventional.