Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Misteri Kewujudan Kucing Bersayap?

Views

Betul ke kucing bersayap wujud kat dunia realiti ni?. Rupanya-rupanya telah wujud ratusan catatan sejarah tentang kucing bersayap ini. Tapi yang biasa didengar hanyalah simpulan bahasa "Tunggu Hingga Kucing Bertanduk" yang bermaksud satu penantian yang mustahil. Melalui carian kat internet, memang betul ade siot kucing bersayap ni. Tapi, kemungkinannya 1/1,000,000 kucing kat dalam dunia ni mempunyai sayap. Bawah ni aku sertakan gambar-gambar kucing yang mempunyai sayap yang berjaya ditangkap.


Antara laporan yang aku dapat kat internet ialah:

Kucing Bersayap Utusan Iblis
Pada tahun 2004, di Bukreyevk (sekitar Kursk), Russia bahagian tengah, seekor kucing bersayap dibunuh oleh penduduk setempat yang mempercayai tahyul. Menurut akhbar disana, kucing tersebut dibunuh untuk mengelakkan kecelakaan.


Kucing Hitam Bersayap

Pada tahun 1998, seekor kucing hitam bersayap dijumpai di Northwood, Middlesex. Sayapnya terletak sekitar 2-3 inci dari tulang belikat dengan lebar sekitar 4 inci, tebal 1 inci dan panjang 8 inci (sekitar 20 cm). Sepasang sayap tersebut telihat mengepak ketika kucing berlari.


Sejarah Kucing Bersayap

Kucing Bersayap Bombay, 1868 - Penduduk asli India menyebutnya "Pankha Billi" (kucing bersayap). Kucing tersebut ditembak mati oleh Mr. Alexander Gibson kemudian kulitnya yang dikeringkan. Kulit kucing bersayap tersebut diukur,  mempunyai panjang 44 cm dan dipamerkan di Bombay, India.


Kucing Jantan Bersayap
26 Juni 1897 - Seekor kucing bersayap dilaporkan ditemui di Matlock, Derbyshire. Media Harian setempat menggambarkan kucing tersebut sebagai kucing jantan besar berwarna tortoishell (tortie). Sepasang sayapnya muncul dari kedua sisi di sekitar tulang rusuk ke empat. Jika laporan tersebut benar, berarti kucing tersebut termasuk "mahluk misteri". Bukan sekadar Misteri kerana sayapnya, namun kerana jarangnya kucing jantan warna tortoishell (tortie) dijumpai.


Kucing Bersayap

1899 - Majalah Strand, London melaporkan adanya kucing bersayap milik seorang wanita yang tinggal di daerah Wiveliscombe, Somerset, England. Kucing tersebut terlihat normal kecuali ada sepasang sayap yang menonjol. 


Kucing Bersayap Haiwan Aneh
Apakah benar makhluk aneh kucing bersayap ini wujud. Kucing-kucing bersayap ini juga dilaporkan pada tahun 1933, 1934 di Inggris, 1936 di skotlandia, 1939 di Inggris, 1942 di Middlesex, 1949 di swedia, 1950 di Nottinghamshire dan di Madrid (dikenal sebagai "angolina"), 1959 di Virginia Barat, 1966 di Kanada, 1970 di Conecticut dan 1975 di manchester.

*Aku rasa ianya hanyalah sejenis kecacatan sepertimana kembar siam berlaku. Wallahualam.. 

4 ulasan

Encik Hairan berkata...

done follow bro! Followers ke 15 :) Jemput blog saya bro >> www.hairanblog.com

JohanHarith berkata...

dah follow bro, thanks!!

norasiahnasir berkata...

Percaya Kuasa Allah.

thanks, saya dah follow u balik.

JohanHarith berkata...

thanks captain!!! saya dah follow awak jugak