Header Ads

Terkini

Oh Yeah : PES 2014 Review (Jujur Punye!)

Views
Hnggggghhhhhhhh

Ok, aku sebagai peminat game bola sepak ni, harus memberi komen dan pendapat aku tentang game PES 2014 (review la tu). Aku layan PES semenjak dari PES 2008 sampai PES 2011. Masa tu memang aku rage mempertahankan kehebatan PES berbanding pesaingnya iaitu FIFA. Memang masa tu PES mendahului segalanya dari segi gameplay dan grafiknya, lebih-lebih lagi PES ni boleh diedit-edit sesuka hati. Memang seronok time tu layan dengan member-member kat kolej. Keseronokkan tersebut hanya bertahan selama 3 tahun saja. Selepas tibanya PES 2012, hati aku hancur luluh dengan gameplaynya macam tahis walaupun grafik dia awesome gila babis. Lepas terdengar hasutan rakan-rakan, aku terus mencurangi PES. Aku beralih kepada FIFA 12. Masa tu masih terkial-kial mengikut rentak permainan dan kontrol FIFA 12. Masa berlalu begitu pantas sekali, tak sampai 3 hari aku dah menguasai game FIFA 12. Aku terus gian. Dalam sehari, mesti ade 2-3 jam aku habiskan untuk bermain FIFA 12. Aku akui gameplay FIFA 12 memang menyeronokkan walaupun grafik tak berapa nak best tapi boleh la.


Masa berlalu sekali lagi dengan pantas. Setahun lepas tu PES 13 keluar. Sama dengan FIFA 13. Sekali lagi aku memberi harapan kepada PES. Sanggup beli DVD cetak rompak punya. Supportive kan? Peh, bagai pisang berbuah dua ratus kali, PES memang mengecewakan. Bukan main lagi gebang kata kali ni ade improvement dan mengambil kira pendapat peminat-peminat. Puiii, gameplay macam nokharom. FIFA 13 pula semakin improve dan tahap ke-addict-an aku semakin tinggi. FIFA 13 dan aku bagai isi dan kuku.


Ok, kembali kepada tujuan asal aku. Aku nak bagi review untuk PES 14 ni. FIFA 14 belum keluar lagi. So, tunggu next entry untuk review FIFA 14 plak. Ok, first sekali aku nak bagi pembayang PES 14 ni macam proses Darwin tetapi terbalik iaitu daripada manusia kepada monyet. Elok-elok gameplay dia sedap macam PES 2011 tu, dia boleh plak ubah jadi macam harom, apa salahnya kekalkan dan modified sikit-sikit macam FIFA buat. Cube korang tengok gambar kat bawah ni. Smart gile kan grafik dia? Jangan korang tertipu dengan screen shots bawah ni. Bila aku main, langsung tak cantik macam ni. Seolah-olah macam game tak siap. Sila klik link dibawah untuk bacaan seterusnya.


Malang betul PES 14 ni. Dahla grafik PES 13 dulu memang cantik, tiba-tiba PES 14 ni tak smart langsung! Dari segi grafik, aku boleh bagi 3/5 je. Mesti korang terkejut kan? Semua screenshot yang korang tengok tu tak sama dengan ape yang korang install lepas tu. Siap ade glitch lagi noksssssss. Dia punya grafik macam ade pixel-pixel, tak sharp. Aku tak tau la sama ade sebab dia pakai DX9 ke ape. Mula-mula install game tu aku dah heran, eh, kenapa dia pakai DX9 je? Padahal paling koman untuk game terbaru skang pun pakai DX10. Maybe sebab tu kot atau pun lepas ni dia akan keluarkan pack untuk DX10 atau DX11, mana tahu kan? Maybe grafik dia akan jadi smart macam dalam screenshot tu.


Gambar atas ni orang panggil glitch. Memang kelakar pun ade. Gambar atas ni aku amik sebagai contoh je. Aku tak sempat nak printscreen kat PC aku masa tengah main tu. Selain glitch kaki patah macam kat atas ni. Glitch yang aku selalu dapat adalah masa highlight gol. Masa tu player-player kat belakang tiba-tiba takde rambut la, pastu muka jadi lain. Peh, failed gila habaq hang. 


Wokeh, dari segi grafik dia aku dah bagi review. Skang ni aku nak review gameplay dia plak. Ok, gameplay dia kali ni ade sikit improvement la aku rasa. Improvement pun still macam gampang gak. Apa yang rasa sedap sikit aku rasa passing jauh dia. Nak buat skill gelecek macam kat FIFA memang jauh sekali. Paling aku titik beratkan dalam game bola ni adalah kepuasan shotting dia. Mestilah kita nak shooting tu betul-betul macam kita yang main kat dalam tu. Untuk PES 14 ni memang aku sedih kecewa dan rasa nak lempang laju-laju kat designer game ni. Ko bayangkan, player ko dah lepas defender, pastu ko nak shooting baik punye, tiba-tiba lepas shoot, bola tu macam belon. Seolah-olah bola tu takde jisim. Peh, memang terbantut emosi aku masa tu. Shit, terus takde mood nak main. 


Kojima's Next Gen Vision konon, puiiiii, langsung tak best la siak!

Bukan setakat shoot je, dia punya through pass pun failed habaq hang! Tiba-tiba striker dah cun set kat depan, kita through pass, bola dia boleh plak jauh ke depan tak boleh nak kejar, macam nokharom. Ko ingat semua player laju macam Walcott ke ape. Itu dari segi passing la kan. Pastu, dari segi lain plak, bila bawak bola tu, semua player macam berkerumun siap langgar-langgar ade glitch lagi. Adui, failed lagi sekali. Harapan aku selama ni harap PES 14 boleh buat comeback akhirnya dileburkan macam tu je. Lepas ni, PES 15 aku tak nak beli dah. Nak tengok member review je. Kesimpulannya, PES 2014 ni memang fail dan korang tak payah la main. Buat sakit hati je. Baik korang tunggu FIFA 14 ni keluar.

4 ulasan

Unknown berkata...

naseb bek aku dunlud hajewwwww...heww..hewww

JohanHarith berkata...

ala, 20 hengget je ape la sangat (buat sedap hati)

jihartdesign berkata...

Slam bro lepas ni aku confirm lu mesti main Pes balik..
cbe tengok video saya he

JohanHarith berkata...

ermmmm tak rasanya nak main pes dah. skang ni pun tgh syok gila main fifa 15 online dengan grafik dx11. Rasanya pes xde dx11