Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Psiko Pencuri Hati - Movie Melayu Yang Aku Rasa Tak Sabar Nak Tengok!

Views
I like thriller movie!

Aku jarang rasa berminat nak tengok filem2 Melayu sebab jalan ceritanya yang cliche' sebagai contoh, adegan motosikal, hantu, romantik komedi, gangsterism, adegan tumbuk menumbuk bajet muay tahi warrior (kebanyakkan filem MIG). Tanda Putera dan KL Zombie antara filem yang lain sikit dari filem lain tapi KL Zombie still ade unsur-unsur mat moto yang membuatkan aku potong stim. Tapi not bad la daripada filem MIG. Last thriller movie yang aku tengok kat Malaysia ni ialah 'Trauma'. Aku suka cerita yang mempunyai jalan cerita yang surprise dan penonton takkan dapat teka dengan betul apa yang akan berlaku selepas tu. Dulu, aku memang minat dengan filem arahan Aziz M. Osman, jalan ceritanya yang memang bersangkut paut sehingga jalan cerita 1, 2, dan 3 bertemu sebagai pengakhiranya. Memang style Aziz M. Osman punye cerita ada iras-iras movie hollywood, tu yang aku minat tu. Tapi selepas filem Azura, aku terus tak minat dah. Memang hancoq dan dia tak sesuai jadi pengarah dah. Orite, berbalik kepada filem Psiko Pencuri Hati, ni dia review yang aku cedok daripada Oh Bulan.

481842_529292223790430_1732223379_n

Membaca tajuknya sahaja pasti ramai yang beranggapan Psiko Pencuri Hati adalah sebuah filem romantik. Namun sangkaan anda sama sekali jauh meleset.

Ironinya, filem arahan Nam Ron ini merupakan sebuah karya bergenre ‘thriller’ yang menampilkan barisan pelakon berwibawa seperti Sharifah Amani, Bront Palarae dan Syed Hussein sebagai teraju utama. Secara umumnya, Psiko Pencuri Hati mengisahkan tentang seorang penulis novel bernama O.Sidi (Bront Palarae) yang menggemari subjek ‘thriller’ di dalam setiap karyanya. Akibat terlampau obses, jiwanya menjadi kacau dan dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaru berjudul ‘Mangsa’.

Bront&Amirul8
Dalam pada Sidi menyiapkan novel tersebut, secara kebetulan ibu kota digemparkan dengan insiden pembunuhan bersiri yang sangat kejam di mana pembunuh tersebut merobek dan mengambil hati setiap mangsa.

Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Sidi mengambil kesempatan mengkaji kes pembunuhan tersebut dengan lebih mendalam untuk memuatkan kisah benar di dalam bab terakhir novel Mangsa. Namun begitu, Sidi yang turut menghidap penyakit Obsessive Compulsion Disorder (OCD) semakin dihantui oleh ketakutannya sendiri sehingga mengubahnya menjadi seorang yang psiko.
DSC_0882 (2)
Disebabkan tekanan yang melampau, rakan Sidi, Man (Amerul Affendi) telah mengajaknya bercuti ke sebuah pulau untuk mencari ilham dan menenangkan fikiran. Takdir pula menemukan Sidi dengan sepasang suami isteri, Dr Khai (Syed Hussein) dan Wani (Sharifah Amani) yang sedang mengalami pergolakan rumah tangga. Tanpa disangka, hubungan Sidi dan Wani menjadi rapat apabila Wani mendapat tahu bahawa Sidi adalah penulis novel ‘thriller’ kegemarannya.
Bront&Nani3
Suami mana yang tidak cemburu melihat isteri sendiri menjauhkan diri darinya namun mendekati lelaki lain? Disebabkan itu, Dr. Khai telah menyimpan dendam dan bertindak memarahi Wani. Tidak berapa lama selepas itu, kesemua mereka dikejutkan dengan berita kematian isteri pemilik resort tempat mereka menginap. Dr. Khai yang menyimpan dendam terhadap Sidi telah menuduh penulis novel tersebut membunuh Siti dan entah mengapa Sidi tidak mampu menafikannya.
DSC_1747
Adakah benar Sidi yang membunuh Siti dan mangsa-mangsa sebelumnya? Apa pula perasaan Wani setelah mengetahui orang yang mula disukainya adalah seorang pembunuh?

Dari pandangan peribadi penulis, filem ini bukan sebuah cerita biasa atau klisé yang sering dipertontonkan kepada khalayak ramai sebelum ini.

Meskipun jalan ceritanya penuh tanda tanya namun Psiko Pencuri Hati mengajar penonton untuk berfikir dengan lebih mendalam untuk menghayati keseluruhan plot.

Nice!

Sumber : Oh Bulan.

Tiada ulasan