Oh Yeah : Tips Untuk Pemilihan Grafik Kad Khas Untuk Gamers Tegar!!

Jyeahhhh!!

Aku ade satu PC kat rumah yang aku customized sendiri. Sebenarnya kalau korang tak tau, customized ni lagi murah daripada korang beli sebijik dah siap. Khas kepada gamers wannabe kat luar sana, untuk performance dan grafik cantik, superb, mantap, dan laju, apa yang penting adalah grafik kad. Kedua, processor, ketiga, barulah RAM. Skang ni level grafik untuk game-game terbaru semuanya dah mencapai tahap realisme apabila menggunakan sistem Direct x 11. Macam aku, aku bukan setakat tengok gameplay dia sedap atau tak. Aku tengok gak grafik dia smart atau tak. Kalau grafik dia smart dan gameplay dia best, memang aku main. Sebagai contoh, Battlefield 3, Crysis 3, Batman Arkham City dan Call Of Duty Black Ops 2. Okla, berbalik kepada tips-tips yang aku nak share lepas ni, korang boleh rujuk mengikut ketebalan poket korang dan untuk ape. Kalau untuk game hardcore, korang boleh beli yang mahal sikit, tapi biar ukur baju dibadan sendiri. Maksudnya? Korang kena tengok jugak power supply dan barang-barang lain yang kena support grafik kad korang. Setakat ni grafik kad paling laju kat dunia skang ni ialah GTX690. Kelajuannya memang hebat, tapi harganya boleh menjadikan korang makan pasir setiap bulan.


Untuk tips-tips, sila klik link dibawah.

1.Power supply harus mengikut minimum spec dari grafik kad, contohnya nvdia gtx 550i memerlukan minimum 500 watt power supply, yang disyorkan 550 watt. Jika kurang dari minimum,boleh meyebabkan power supply rosak atau lebih teruk motherboard korang jahanam. Kalau korang tak berapa nak paham bahasa melayu, boleh rujuk kat sini untuk lebih detail.

2.Untuk gaming ram yang disyorkan ddr3 1600Ghz and keatas. Ram khas untuk gaming, tetapi RAM 1600ghz hanya terpakai untuk motherboard tertentu sahaja. Maksudnya, untuk gaming maksimum pun hanya pakai 4gb. Kalau korang pakai 8gb, hanya 4gb je digunakan untuk game. Selebihnya tu kalau korang ni 3D artis atau buat CGI, 8gb pun belum tentu cukup.

3.Hard disk disyorkan 7200rpm.lagi besar rpm, lagi bagus untuk mempercepat transfer data dari games dengan lebih laju. Maksudnya, game korang memang takkan sangkut-sangkut punya. Nak tunggu game loading pun sekejap je.

4.Nombor dari model grafik kad bermakna, no pertama=generasi dibangunkan, no kedua=low-high, ketiga=jenis model no kedua low-high. Contohnya GTX 590, no 5=generasi ke lima, no 9=ultra high performance ,no ketiga paling rendah dari jenis ultra high perfomance.

Maksud no kedua dari model graphic card

1: very low performance

2: Low performance

4-3: Low-Mid performance

5-6: Midrange performance

7-8: High performance

9: Ultra High performance

5.Intel lebih sinonim dengan NVDIA dan AMD lebih sinonim dengan AMD RADEON (juga dikenali ATI radeon, tukar nama selepas amd ambil alih ATI). Tetapi tetap boleh digunakan bersilang.

6.Tak digalakkan mengunakan overlock.boleh menyebabkan grafik kad rosak dan warranty terbatal. Melainkan korang dah ade banyak ilmu mengenai overclocking ni. Kebanyakkan motherboard terbaru skang ni dah ade sistem untuk overclock sendiri. Mungkin dengan motherboard yang macamtu takde masalah.

7.Suhu idle bagi grafik kad antara 37-45c, suhu semasa main game antara 50-80c mengikut kualiti games, lebih dari angka tu akan terjadi overheat. Kalau lebih 100c confirm hangus boleh masak telor mata.

8.Jika nak upgrade grafik kad, grafik kad lama tak payah jual. Boleh digunakan untuk crossfire, boleh menambah kepoweran grafik. Tetapi motherboard anda mestilah support teknologi Crossfire (grafik kad ATI) atau teknologi SLI (grafik kad NVIDIA).

9.Nilai GB yg tinggi yang tinggi tidak semestinya mengambarkan kekuatan sesebuah grafik kad, yang paling penting tengok pada nilai bit dan nilai DDR yang digunakan.contoh grafik kad 1GB DDR5 192 bit lebih laju dari 2GB DDR3 128bit. kalau korang main game DX11, patut guna grafik kad minimum DDR3 256bit untuk keselesaan PC korang.

10.Banyak model grafik kad yang dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza tetapi spec yang sama. Perbezaan utama adalah bundle lain yg disertakan sekali seperti game original dan software. Selain itu, tempoh warranty yg panjang merupakan kelebihan sesetengah syarikat seperti Asus dan EVGA tetapi dengan harga yang lebih tinggi berbanding brand yang lain. Jika anda hanya mahukan grafik kad tanpa bundle dan warranty yang berlebihan, maka brand-brand seperti Galaxy dan Palit merupakan pilihan terbaik anda.

Comments

  1. thanks follow bro
    salam kenal

    ReplyDelete
  2. hai, aku main game dalam fesbook je..ahahahaha...game siram2 pokok

    ReplyDelete
  3. core i3 3.30ghz , amd radeon 7400hd series , ram 6gb , hardisk 500gb , tpi main game still lekat2.. helpp

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts