Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Tempat-Tempat Berhantu Yang Terkenal Di Malaysia!

Views
Rumah korang berhantu tak?

1. Highland Tower

highland tower

Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang terkorban dan terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang. Hanya segelintir mayat sahaja yang dijumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2. Banglo Mona Fandey

banglo

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis yang juga merupakan seorang bomoh. Dia dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan negara.

3. Lebuhraya Karak

karak

Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih-lebih lagi apabila di kawasan terowong ini. Lebuhraya ini seringkali menjadi tempat kemalangan maut.

4. Amber Apartment

amber apartment

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

5. Kemayan City

kemayan

Kemayan City Mall adalah Shopping complex yang terbengkalai sejak sekian lama, terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tempat ini dipercayai  menjadi tempat tinggal pelbagai jenis makhluk halus.

6.Villa Nabila

villa nabila

Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru digemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak itu, banyak kejadian mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.

7. Penjara Pudu

pudu

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

8. Malay College Kuala Kangsar

malay college kuala kangsar

Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahulu. Pelajar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian aneh seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor. Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

p/s: Perasan tak orang yang beromen ke, hisap dadah ke kat tempat2 terbiar macam ni tak pulak kena kacau? Sebab, mereka pun hantu gak!

Sumber : Blog Ammar

2 ulasan

Ayuni berkata...

hikhik, mckk mmg berhantu....

miss berangan berkata...

hantu pon takut tgk orang hisap dadah nie,,,