Oh Yeah : Thorbaekkkk - Review KL Gangster 2!

Sol, sol, sol..

Korang dah tengok KL Gangster 2? Mesti dah tengok yang download punya kan? Lu jangan langsi maaa. Tengok kat pawagam lagi triple best. Sape yang tengok kat pawagam support filem Malaysia, wa tabik sama lu, lu memang kacak, cantik, comel, cute, gagah, ayu, tampan! Sebab, bila kita support filem yang berkualiti macam ni, dalam masa yang sama, lepas ni mesti makin bertambah budget mereka untuk buat filem yang lagi gempak lepas ni. Takde la jadi macam filem recycle macam MIG tu. Tak payah la nak bandingkan dengan filem Hollywood, tu dah maju sangat. Sekarang ni dalam konteks Asia la, KL Gangster 2 boleh dibanggakan. Tabik springggg, toing, toing, toing. Filem KL Gangster 2 ni je filem Malaysia yang mampu membuatkan aku ternanti-nantikan kemuculannya.


Ok, pada permulaan filem ni, memang membuatkan aku teruja dengan pembukaan yang bertaraf internasional dimana dilatari dengan voice over Malik dengan pemandangan-pemandangan lanskap kotaraya KL yang maju. Aku rasa macam tengok filem Hong Kong, siyes! Kekuatan filem ni memang fighting scene dia, dah banyak improve daripada yang pertama punya. Hampir, ye hampir setaraf filem Hong Kong. Background muzik dia memang epik, memang pandai sape yang kerja bahagian muzik untuk filem ni.


Scene pembukaan untuk introduksi watak Tailong, iaitu lakonan Rosyam Nor, memang stylo habis. Memang nampak kekejaman watak Tailong tu sendiri apabila dia menghayunkan samurai ke kepala mangsa. Rosyam Nor jugak antara kekuatan filem ni. Beliau berjaya membuatkan bulu roma aku naik dengan fighting scene daripada beliau. Tak tau la dia ni ade belajar silat ke ape ke, memang nampak pro siot. Memang nampak dia hebat gila vavi. Konco-konco dia rileks je tak payah buat ape. Jadi mat pacak je. Zaman kegemilangan Rosyam Nor sudah kembali!! Sila klik link dibawah untuk teruskan bacaan.


KL Gangster 2 ada moment yang sangat baik. Filem ni berjaya membuatkan penonton akan ketawa di saat filem ni mahukan itu. Penonton akan terpegun di saat filem ni mahukan itu. Penonton akan terus pasang telinga sepanjang filem sebab bahasa cina+melayu yang digunakan sangat memerlukan pendengaran yang jelas. Aku juga bergantung pada subtitle untuk few sentences yang sukar untuk aku dengar dengan jelas. Itu je kelemahan filem ni. Ade kecelaruan identiti disitu. Aku tak tau sama ada mereka ni cina ke ape. Sebab ade scene orang cakap cina, tapi mereka ni pahammmmm.

Pada aku, KL Gangster 2 ada kepuasan adrenalin yang sangat tinggi. Elemen yang paling penting dan membuatkan filem ini berjaya sudah tentunya elemen kekeluargaan yang sangat kental. Malik dan Jai memberikan persembahan yang sangat bagus untuk menarik penonton terbuai dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan. Mixture aksi, sedih, mesej dan kehidupan adalah campuran yang sangat gempak untuk filem ni. 


Gambar atas ni antara scene final yang gempak. Terus dalam kepala otak aku macam dalam Street Fighter, Ryu dengan Kent. Lagi satu, aku tengok Adi Putra punya kostum macam watak dalam King Of Fighters. 80 % filem ni ade pengaruh filem Hong Kong. Adegan Malik dan Jai lawan Tai Long antara fighting scene paling panjang dan giler gempak! Terbaik dengan scene tembak tembak yang ohsem dan gila punya kepuasan. Thorbaekkk wa cakap lu.

Rating : 4.9 / 5

Jadi 4.9 sebab 0.1 tu dia punya slang bahasa yang kucar kacir, kalau tak, filem ni aku bagi 5!

Comments

Popular Posts