Header Ads

Terkini

Oh Yeah : 10 Illusi Minda Yang Mampu Menyenggamakan Otak Korang!

Views
Hnggghhhh!!! My brain!

Illusi minda atau mata, iaitu sesuatu imej yang mempunyai imej tersirat yang mampu menipu minda. Macam magic la kan. Permainan magic kepada otak. Aku paling tak faham sekali imej Black and White Illusion. Imej yang kita tengok tu macam takde rupa apa-apa pun, tetapi sekali buat ikut arahan, tiba2 ade imej lain. Pehhhh. Korang try sendiri.

Kapal Layar atau Gerbang?
Lukisan senggama minda ni dilukis oleh Rob Gonsalves - Artis dari Kanada, memang menggunakan aliran 'Magical Realism'. Peh, first time dengar aliran ni siak. Bergantung kepada mata korang sama ada korang nampak Kapal Layar atau Gerbang.


'The Endless Chocolate'
Andai kata korang potong coklat bar tu kepada 5 bahagian seperti mana dalam gambar bawah ni, apabila korang susun semula, ianya mesti akan ada lebih satu petak coklat kan? Dan ianya tak akan abis. Jangan tanya aku jawapan dia, aku pun tak tau.


'Illusion Bars'
Cuba korang tengok betul-betul bongkah kayu bawah ni. Mana satu penghujung?


Kiub dan Dua Cawan Kopi Yang Sama
Illusi ini dicipta oleh Chris Westall. Konsep dia sama ngan lukisan atas jalan yang 3D tu.


"The Wall Cafe"
Korang tengok betul-betul garisan tu satu persatu. Semuanya garisan lurus kan? Tapi bila tengok balik, garisan dia macam senget-senget plak. Hadoii, pening plak aku tengok. Shiat.

 

Illusi Tower of Pisa
Ini lagi la buat aku pening. Siyes aku tak tau macam mana dia buat. Cuba korang bandingkan betul-betul, gambar yang sebelah kanan tu condong daripada gambar kiri kan? Untuk pengetahuan korang, gambar tu adalah gambar yang sama! Cuma di 'duplicate' kan je. Peh, nokharomzz. Dimana trick nya kat situ eh?


'Vanishing Circles'
Illusi ini dipanggil bulatan yang hilang. Ianya mempunyai 12 bulatan merah jambu dan mempunyai satu titik tengah. Setiap bulatan akan hilang dalam masa 0.1 saat, dan kalau korang fkus betul-betul kat titik tengah tu, korang akan perasan dua benda iaitu :
1) Setiap bulatan yang hilang tu akan bertukar warna hijau.
2) Lepas tu bulatan merah jambu semakin menghilang.

 

'Black and White Illusion'
Lihat titik fokus ditengah-tengah selama 30 saat, dan lepas tu korang alihkan mata korang kat dinding kosong. Apa korang nampak?


'Chivalrousness'
Ini adalah gambar yang mempunyai 30 jenis warna yang berbeza dengan satu titik putih ditengah-tengah. Tengok titik tengah tu selama 30 saat dan korang akan nampak warna-warna tersebut berubah-ubah dan menghilang perlahan-lahan.

 

'Couple in Love'
Kalau korang tunjuk gambar ni kat budak-budak, mereka akan nampak Dolphin tengah bermain. Tetapi orang dewasa akan nampak benda lain. Ini adalah kerana memori kanak-kanak yang masih naif dan belum jadi otak kuning lagi macam otak korang. Menarik kan? Siyes aku tak nampak Dolphin, damn!

1 ulasan

P.Preity Petry berkata...

Foto last, aku nampak 8 ekor Dolphine sedang berenang. :)