Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Misteri Persamaan Jalan Cerita Kehidupan Abraham Lincoln Dan John F. Kennedy Sehinggalah Kematian Mereka!

Views
Sama siot.

Semalam aku tengok rancangan dokumentari 'Lee Harvey Oswald 48 Hours To Live' kat History Channel. Mula-mula aku ingat macam boring kan. Tapi sangkaan aku meleset, terus terlayan sampai abis. Pernah gak aku Google pasal kes pembunuhan JFK. Sampai sekarang sebab dan punca kenapa JFK dibunuh menjadi tanda tanya kerana suspek utama iaitu Lee Harvey Oswald dibunuh 2 hari selepas JFK dibunuh. So, FBI tak sempat nak soal siasat dengan lebih lanjut lagi. So, aku pun saje la search pasal Lee Harvey Oswald dan Jack Ruby, tiba-tiba aku terjumpa artikel ni. Agak menarik faktanya, dan aku saje share ngan korang. 

Berdasarkan Sejarah...

    Abraham Lincoln telah dipilih untuk menjadi Ahli Kongress pada 1846.
    John F. Kennedy telah dipilih untuk menjadi Ahli Kongress pada 1946.
    Abraham Lincoln telah dipilih untuk menjadi Presiden pada 1860.
    John F. Kennedy telah dipilih untuk menjadi Presiden pada 1960.
    Kedua-duanya memperjuangkan hak-hak sivil.
Isteri mereka sama-sama kematian anak ketika tinggal di White House.
    Kedua-dua mereka ditembak pada hari Jumaat.
    Kedua-dua mereka ditembak dikepala
    
Ok, itu tak pelik sangat lagi, lepas ni, fakta seterusnya lagi pelik.

Setiausaha Lincoln bernama Kennedy.
Setiausaha Kennedy pulak bernama Lincoln.    
Kedua-duanya dibunuh oleh orang Amerika bahagian selatan.
    Kedua-duanya jugak diganti oleh orang selatan bernama Johnson.
    Andrew Johnson, iaitu pengganti Lincoln, lahir pada 1808.
    Lyndon Johnson, iaitu pengganti Kennedy, lahir pada 1908.
    John Wilkes Booth, iaitu pembunuh Lincoln, lahir pada 1839.
    Lee Harvey Oswald, iaitu pembunuh Kennedy, lahir pada 1939.
    Kedua-dua pembunuh dikenali dengan tiga baris nama mereka. 
    Kedua-dua nama pembunuh mempunyai 15 huruf.

    Ini lagi pelik, korang baca je la.
Lincoln ditembak di teater yang bernama "Ford."
Kennedy plak ditembak di dalam kereta diberi nama "Lincoln" dan berjenama "Ford."
    Kedua-dua pembunuh iaitu Booth dan Oswald dibunuh sebelum dibicarakan.
   Seminggu sebelum Lincoln ditembak, beliau berada dia Monroe, Maryland.
    Seminggu sebelum Kennedy ditembak, beliau bersama dengan Marilyn Monroe.

Akhir sekali..........
Lincoln ditembak di teater dan pembunuhnya lari ke gudang....    
Kennedy plak ditembak dari gudang dan pembunuhnya lari ke teater....

Apakah ini semua sekadar satu kebetulan? Takdir itu termaktub didalam kitab Allah swt yang bernama Lauh al-Mahfuz. Dan ringkasan Lauh al-Mahfuz itu semuanya ditulis di dalam Jawami' al-Kalim (kumpulan semua kata-kata) iaitu kitab kecil yang bernama al-Qur'an. Sebab itu sejarah nampak seperti berulang-ulang. Perkara ini sebenarnya adalah untuk meyakinkan umat Islam tentang kebenaran al-Qur'an dan juga untuk menolong umat Islam bagi menghadapi perkara-perkara yang akan berlaku. Namun ia tidaklah mesti berlaku selagi kita yakin bahawa doa bersama usaha boleh mengubah keadaan. Oleh itu doa, usaha dan tawakkal perlu dibuat sepanjang masa bagi mengubah sejarah yang buruk agar tidak berulang.

Tiada ulasan