Oh Tragedi : Kisah 4 Mangsa Tunggal Yang Terselamat Daripada Setiap 4 Tragedi Kapal Terbang Terhempas

Still #prayingforMH370

Kisah ini adalah kisah pengalaman yang menakutkan setiap seorang mangsa tunggal yang terselamat daripada insiden kapal terbang terhempas pada suatu ketika dahulu dimana hanya mereka sahaja yang mampu menceritakan saat dan detik yang mendebarkan serta menakutkan itu kepada kita semua. Hanya segelintir yang bertuah sahaja yang berjaya melalui kemalangan kapal terbang berseorangan dan hidup sehingga kini. CNN mendokumentasikan dan menemuramah 4 orang mangsa yang terselamat daripada setiap kemalangan kapal terbang terhempas diberi tajuk "Sole Survivors".

1. La MiraculĂ©e ("Gadis Yang Bertuah") 
Selepas pesawat yang dinaiki terhempas ke dalam Lautan Hindi berdekatan Pulau Comoros pada tahun 2009, Bahia Bakari berpaut kepada sekeping serpihan pesawat selama lebih daripada sembilan jam tanpa jaket keselamatan. Pada ketika itu beliau baru berumur 13 tahun. Antara magsa yang mati adalah ibunya dan 151 orang yang lain. Media berita menggelar beliau La Miraculée, atau "Gadis Yang Bertuah". Sekarang beliau sudah dewasa, tetapi hidup didalam ketakutan dan trauma.

Bahia dimasukkan ke hospital selepas didapati hanya satu-satunya mangsa yang terselamat dengan berpaut di serpihan pesawat yang berkecai tanpa menggunakan jaket keselamatan. Dia berpaut selama lebih daripada 9 jam.

Details
Flight: Yemenia Flight 626
Route: Sanaa, Yemen, to Moroni, Comoros
Pesawat: Airbus A310
Hasil Siasatan: "Kemalangan itu disebabkan oleh tindakan tidak terkawal oleh anak-anak kapal pada kawalan penerbangan selepas pesawat terhenti", menurut siasatan.

2. The Toddler
Cecelia Cichan hanya berumur 4 tahun ketika dia satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan 1987 pesawat di Detroit yang mengorbankan 154 penumpang dan anak kapal. Bencana tersebut meragut nyawa kesemua keluarga beliau, termasuk kedua-dua ibu bapa dan abangnya. Penyelamat menemui beliau hidup-hidup di bawah tempat duduk tidak jauh dari mayat ibu bapanya. Sekarang beliau sudah dewasa, dan beliau mempunyai tatu lukisan pesawat di pergelangan tangan kirinya, sebagai peringatan kepada pengalaman pahit yang tidak mampu dikikis daripada ingatannya. 

Selepas dirawat untuk kebakaran yang teruk, Cichan duduk di atas katil hospital pada tahun 1987 
Apabila pesawat MD-82 terhempas di lapangan terbang, mayat-mayat dan serpihan pesawat yang berkecai bertaburan di sepanjang jalan berhampiran. Hanya Cecelia Cichan, 4 tahun, yang terselamat.

Details
Flight: Northwest Airlines Flight 255
Route: Detroit to Phoenix
Pesawat: McDonnell Douglas MD-82
Siasatan: Krew penerbangan gagal untuk mengawal sayap pesawat dan posisi yang betul untuk berlepas, mengikut National Transportation Safety Board . Sistem amaran gagal untuk memberi amaran kepada mereka tentang masalah ini, yang mungkin menyebabkan kemalangan itu, kata satu laporan NTSB.

3. The Co-Pilot
Seorang pembantu juruterbang, Jim Polehinke pada mulanya berjaya mengawal pesawat dengan baik tetapi malang tidak berbau apabila pesawat terhempas semasa berlepas dari Lexington, Kentucky, lalu membunuh semua 49 yang lain di atas kapal pada tahun 2006. Polehinke kehilangan kaki kirinya akibat kejadian itu. Beliau telah menghabiskan hidupnya dengan berjuang terhadap tuduhan keatas beliau dan pilot utama apabila beliau dan pilot utama dituduh sebagai penyebab kepada kemalangan tersebut.

Entah bagaimana Jim Polehinke terselamat di dalam kokpit pesawat yang remuk teruk. "Ia seolah-olah malaikat telah melindungi beliau," kata isterinya.

Details
Flight: Comair Flight 5191
Route: Lexington, Kentucky, to Atlanta
Pesawat: Bombardier Canadair Regional Jet 100ER
Siasatan: Krew penerbangan gagal "untuk menggunakan isyarat yang ada dan alat bantuan untuk mengenal pasti lokasi pesawat di permukaan lapangan terbang semasa kecemasan," kata NTSB. Anak-anak kapal juga gagal "untuk menyemak dan mengesahkan bahawa pesawat itu di landasan yang betul sebelum berlepas."

4. The Seeker
George Lamson Jr adalah satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan pesawat yang membunuh bapanya dan 69 orang lain pada tahun 1985. Ditakdirkan sebelum berlepas, Lamson dan bapanya bertukar tempat duduk. Lamson memang tidak menyangka keputusan tersebut yang menyelamatkan nyawanya. Semasa pesawat dalam keadaan hendak terhempas, beliau berdoa kepada Tuhan bahawa sekiranya dia selamat, dia akan melakukan kerja kebajikan dan membantu orang yang susah.

Anggota bomba memasukkan ke dlm air bangkai yang Lockheed Electra yang terhempas 21 Jan 1985, membunuh semua 71 di atas kapal, kecuali George Lamson Jr

Details
Flight: Galaxy Airlines Flight 203
Route: Reno, Nevada, to Minneapolis
Pesawat: Lockheed Electra L-188
Siasatan: Nahas itu mungkin disebabkan oleh kegagalan kapten dan pembantu juruterbang untuk mengawal dan memantau laluan penerbangan pesawat dan kelajuan angin selepas "getaran yang tidak dijangka tidak lama selepas berlepas," menurut NTSB. Krew-krew penerbangan semasa didarat "gagal untuk menutup pintu akses permulaan udara, yang membawa kepada getaran," kata NTSB.

Sumber : Edition.CNN

Comments

Popular Posts