Oh Tragedi : Kisah Nahas Penerbangan Silk Air 185 Yang Mengejutkan Dan Menyayat Hati #PrayforMH370

Sadis..

Nampaknya misi pencarian MH370 belum berakhir lagi. Satu spekulasi demi satu spekulasi, semuanya ditepis dan ini menjadikannya semakin misteri. Setiap masa aku tengok berita kat Yahoo News yang ade update pasal benda ni. Sekejap macamni, sekejap macam itu. Entah la, tak leh nak buat spekulasi sesuka hati. Sekarang pencarian diperluaskan sehingga ke lautan hindi plak dengan beberapa negara yang baru join untuk join venture mencari MH370. Ade report mengatakan polis lakukan siasatan kerumah krew-krew dan pilot, tapi tak tau betul ke tak. Dalam hati aku, takkan pilot nak buat hal kot. Sebab banyak nyawa diatas tanggungjawab beliau kan. Tetiba aku search pasal nahas pesawat Silk Air 185 milik Singapura. Nak tau apa sebab pesawat tu terhempas? Ianya disebabkan oleh pilot bunuh diri. (Setakat ini belum disahihkan kebenaran dan punca sebenarnya) Pehh..terkejut aku baca dowhhh. Bukannya aku maksudkan pilot MH370, tapi SilkAir185 ni (mintak dijauhkan). Kisah selanjutnya, sila teruskan bacaan.


Penerbangan 185 SilkAir merupakan insiden pertama kali berlaku terhadap SilkAir sejak 19 Disember 1997. Punca sebenar ialah juruterbang membunuh diri. Ia juga meragut nyawa kesemua 97 penumpang dan 4 krew. Ianya terhempas di Sungai Musi, Indonesia. Pesawat itu membawa 40 dari Singapura, 23 dari Indonesia, 10 dari Malaysia, 5 dari Amerika Syarikat serta Perancis, 4 dari Jerman, 3 dari United Kingdom, 2 dari Jepun dan 1 dari Bosnia dan Herzegovina, Austria, India, Taiwan dan Australia (tidak termasuk krew). Pesawat itu membawa 6 krew. Hanya 1 krew asing dari New Zealand iaitu co-pilotnya. Kemalangan ini juga meragut nyawa model dan penulis Singapura Bonny Hicks. Juruterbang itu ialah Tsu Way Wing dari Singapura, 41 tahun sementara Duncan Ward dari New Zealand, 23.

Gambaran grafik keadaan pesawat beberapa saat sebelum terhempas

Penerbangan 185 kekal di tahap FL350 sehingga ia mula menjunam kebawah dan hampir menegak di sekitar 16:12 . Walaupun menjunam sepanjang 12,000 kaki ( 3,700 m) , bahagian-bahagian pesawat, termasuk sebahagian besar daripada bahagian ekor , mula tercampak dan tercabut daripada fiuslaj pesawat disebabkan oleh tekanan tinggi yang terhasil daripada junaman yang laju dengan kelajuan yang menghampiri supersonik. Beberapa saat kemudian, pesawat berkecai dan terhempas di Sungai Musi , berhampiran Palembang , Sumatra. Masa yang diambil pesawat untuk menjunam dari ketinggian asal hingga ke sungai adalah lebih kurang daripada satu minit. (Ya Allah, laju tu!) Pesawat tersebut menjunam dengan kelajuan yang melebihi kelajuan bunyi!!!

Pesawat berkecai sebelum terhempas, dengan serpihan-serpihan yang tercampak disekeliling kawasan terhempas di sungai. Sadisnya, tidak ada satu mayat pun yang sempurna, semua bahagian badan tercampak berasingan dan hancur. Perghhhhhh..


Faktor-faktor yang menyebabkan Tsu bunuh diri (Hanya kemungkinan)

-Masalah kewangan keluarga, dimana ia dilaporkan mengalami kerugian dalam investasi keuangan, dan hutang tagihan kreditnya yang lebih besar dari kemampuannya membayar. (terutama diakibatkan dari pengeluaran keluarganya yang lebih besar dari gajinya sebagai juruterbang).
-Kapten Tsu membeli polisi insurans beberapa hari sebelum kejadian (pada hari kecelakaan, jaminan perlindungan dari polisnya mulai berlaku), sehingga ia melakukan tindakan (menjatuhkan pesawat) tersebut untuk mendapatkan wang insurans (sebagai pengganti kerugian investasinya sebelumnya).
-Ia juga dilaporkan beberapa kali mendapat teguran disiplin dari SilkAir, termasuk satu tindakan yang berkaitan dengan memanipulasi sekring dari perakam suara kokpit (CVR),
-Laporan lain mengatakan ia juga berkonflik dengan co-pilot Ward dan beberapa rakannya yang meragukan kemampuannya memimpin sebagai Kapten juruterbang.
-Kapten Tsu adalah juruterbang kedua dan instruktur A-4 Skyhawk Angkatan Udara Singapura. -Ia memiliki pengalaman dengan pesawat tersebut selama 20 tahun. Selama kerjayanya, ia pernah mengalami kesunyian, yaitu kehilangan 4 teman satu skuadronnya ketika latihan terbang rutin, setahun sebelum kecelakaan. Keadaan psikologi dari musibah ini diduga mengubah keperibadian Tsu yang berujung pada kecelakaan pesawat SilkAir tersebut.

Bangkai pesawat SilkAir 185

Apapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan punca sebenarnya pesawat ini terhempas, kita hanya mampu berdoa agar pesawat MH370 semua selamat...

Sumber : Wikipedia

Comments

Popular Posts