Monday, March 17, 2014

Oh Yeah : 10 Autograf Paling Mahal Di Dunia! (10 Gambar)

Fuuuuu...

Selalu tengok rancangan History Channel rancangan Pawn Stars, memang barangan yang ade autograf orang-orang famous terjual dengan lebih mahal berbanding dengan barang yang kosong tanpa ade autograf. Kerana barangan yang ade autograf ni ade sentimental value tersendiri, lebih-lebih lagi autograf daripada orang famous yang dah meninggal. Setakat ni kat Malaysia takde lagi la kot benda macamni. Kalau ade pun, maybe tak mahal sangat. Autograf ni jugak memainkan peranan yang penting dalam menentukan keaslian dan kesahihan barang tersebut. Yela, kadang-kadang benda yang dah beratus tahun susah kita nak agak ketulenannya. Sebagai contoh spenda Playboy yang ko beli tu dalam rege RM80, berbanding spenda koyak rabak yang dah reput tapi ade autograf Albert Einstein, dah tentu la spenda koyak rabak tu rege dia boleh sampai berjuta-juta kot. Haaaa..gitu la konsepnye.

10. Surat Khabar yang ada Autograf John. F Kennedy 2 jam sebelum pembunuhan beliau. RM128,000.

9. Gambar Jesse James iaitu penjenayah yang paling dikehendaki di Amerika ketika itu yang mempunyai autografnya sendiri. RM170,000

8. Gitar elektrik yang mempunyai autograf Jimmy Page iaitu gitaris lagenda rock, Led Zeppelin. RM236,000

7. Ha, kan baru cakap pasal dia tadi. Gambar Albert Einstein yang mempunyai autograf beliau sendiri. RM246,000

6. Bola baseball yang mempunyai autograf Joe DiMaggio iaitu lagenda pemain baseball dan isterinya ketika itu iaitu Marilyn Monroe. RM627,000

5. Kontrak yang ditandatangani oleh Jimi Hendrix, seorang gitaris lagenda yang meninggal pada usia mudanya. RM657,000

4. Bola baseball yang mempunyai autograf Babe Ruth, seorang lagi lagenda pemain baseball yang lebih dikenali dengan panggilan 'The Bambino'. RM1.27 juta

3. Pergh, yang ni antara yang rare aku rasa. LP Record (piring muzik besar) yang telah ditandatangani oleh lagenda muzik iaitu John Lennon diatas permintaan pembunuhnya sendiri iaitu Mark Chapman! Ok, kisah dia macamni, pada 8 Disember 1980, ketika John Lennon keluar dari rumah beliau di New York, beliau terserempak dengan Mark Chapman, iaitu peminat dan pembunuh beliau meminta beliau menandatangani autograf diatas LP Record tersebut. 5 jam kemudian, ketika John Lennon pulang ke rumah, Mark Chapman melepaskan 4 das tembakan dibelakangnya. Setelah ditangkap, Mark Chapman mengatakan ada suara ganjil yang menyuruhnya melakukan perkara tersebut! RM2.3 juta

2. Tandatangan oleh Presiden Amerika yang ke-16 iaitu Abraham Lincoln untuk surat 'Pembebasan Proklamasi'. RM121.5 juta

1. Tandatangan oleh George Washington pada tahun 1789 diatas sebuah dokumen peribadi. Ia mengandungi salinan peribadi beranotasi presiden pertama Amerika tentang Perlembagaan, Rang Undang-Undang Hak Asasi, dan Kongres Pertama. RM321.9 juta

Sumber : Curiousthings