Thursday, March 27, 2014

Oh Yeah : Fakta Mengenai Airborne Warning And Control System (AWACS)

Hmm...

Mari kita baca fakta mengenai AWACS iaitu pesawat Sistem Kawalan & Amaran Udara yang digembar gemburkan oleh media barat mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan MH370. Pesawat Sistem Kawalan dan Amaran Udara dalam Bahasa Inggerisnya Airborne Warning and Control System (AWACS) adalah sebuah pesawat yang direka untuk menjalankan tugas-tugas pengawasan, dan fungsi-fungsi "arahan dan kawalan" dan "pengurusan pertempuran".

Pesawat Amaran Awal Udara dalam Bahasa Inggerisnya Airborne Early Warning (AEW) pula adalah sistem radar yang dibawa oleh pesawat yang direka untuk mengesan pesawat lain. Digunakan di altitud yang tiggi, radar ini membantu operator radar untuk membezakan di antara pesawat sekutu dengan musuh beratus-ratus batu jauhnya. Pesawat AEW digunakan dalam operasi-operasi pertahanan dan serangan udara. Sistem ini digunakan untuk membantu mengarahkan pesawat pejuang menyerang sasarannya, dan mempertahankan diri dari serangan balas.

Pesawat E-3 Sentry milik Tentera Udara A.S.

Isu pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran misalnya semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia 'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara.

Sentry AEW1 milik Tentera Udara Diraja British.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah lama memohon peruntukan untuk membeli pesawat AWACS atau Airborne Early-Warning and Control System .

Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS? 

Kerajaan mesti melengkapi ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera dengan aset-aset canggih dan selari dengan kehendak dan keperluan semasa. Sistem radar yang ada tidak memadai untuk mengawasi ruang udara yang begitu luas merentasi Laut China Selatan dari Semenanjung ke Borneo.

TUDM benar-benar perlu memiliki AWACS untuk meningkat keupayaan, kecekapan dan kemampuan melindungi negara dari ancaman musuh melalui udara. Kerajaan tidak boleh mempersalahkan TUDM jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kerana ia gagal melengkapi TUDM dengan aset yang diperlukan.

E-767 AWACS Tentera Pertahanan Diri Udara Jepun.

Menurut laporan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya enam buah AWACS untuk melengkapi aset pertahanan udara yang canggih. Malaysia memiliki pesawat canggih seperti SU-30MKM, MIG-29N, F/A-18D Hornets, Hawk dan F-5E Tiger dan sistem penangkis pesawat termasuk peluru berpandu. Namun demikian, ia tidak memadai tanpa AWACS.

Di kalangan negara-negara ASEAN, hanya Singapura memiliki AWACS, iaitu jenis Grumman E-2 Hawkeye sebanyak empat buah dan telah menempah pesawat G550 Phalcon dari Israel untuk mempertingkat kawalan dan sistem amaran awal dari udara. Walaupun sebuah negara pulau yang kecil, Singapura sedar akan kepentingan AWACS memandangkan negara itu adalah sebuah ekonomi yang bergantung sepenuhnya kepada perdagangan. Singapura ingin melihat laluan-laluan laut dan udara ke republik itu selamat dan bebas daripada sebarang ancaman. Oleh itu, pengawasan dari udara amat penting.

Apabila pesawat E-2 Hawkeye Singapura lepas landas dari pangkalannya di Paya Lebar,  sistem radarnya mampu meliputi kawasan luas sehingga ke Kuantan, Pahang, sesuatu yang tidak mampu diliputi oleh kebanyakan sistem radar daratan. Begitulah pentingnya AWACS untuk mengawasi ruang udara sesebuah negara.

Jiran kita di sebelah utara, Thailand juga telah memesan sekurang-kurangnya 10 AWACS jenis SAAB S-1000 Erieye manakala Indonesia juga berminat untuk memiliki AWACS.

AWACS adalah aset yang amat perlu dimiliki oleh Malaysia dan kerajaan seharusnya memperbetulkan keutamaan keperluan pertahanan dengan meluluskan permohonan TUDM untuk membeli AWACS sama ada yang bersaiz besar seperti E-2 Hawkeye ataupun sederhana seperti Saab S-1000 Erieye.   

Konsep pertahanan menyeluruh yang diamalkan oleh Malaysia semestinya menyeluruh dalam erti kata sebenar dan untuk menjadikannya kenyataan, maka TUDM semestinya memiliki pesawat AWACS. 

Pesawat SAAB 340 Erieye.

Pesawat AWACS Phalcon 707 'Condor' milik Tentera Udara Chile.

Senarai Pesawat AEW&C

    Avro Shackleton
    PB-1W Flying Fortress
    Beriev A-50
    Boeing 737 AEW&C
    Boeing E-767
    E-1 Tracer
    E-2 Hawkeye
    E-3 Sentry
    TBM-3W2 Avenger
    EC-121 Warning Star
    Fairey Gannet
    Gulfstream G550
    KJ-1 AEWC
    KJ-2000
    Neptune MR.1
    Saab 340
    Saab 2000
    Tupolev Tu-126