Header Ads

Terkini

Oh Yeah : 18 Rahsia Penerbangan Komersial Yang Mungkin Korang Tak Tahu!

Views
Now i know!

Bila naik kapal terbang jangan tipu la korang tak cuak. Perasaan cuak tu mesti ade sikit didalam diri korang. Mana taknye, korang meletakkan nasib hidup korang dalam tangan orang yang tidak dikenali, sambil duduk di dalam kapal terbang dan sambil tu berdoa supaya ianya tidak berhenti terapung. Kat sini aku nak share kat korang 18 rahsia tentang penerbangan yang mungkin korang tak tau lagi kot. Ade beberapa fakta yang syarikat penerbangan tak nak korang tahu. Seperti ...

1. Kunci pintu tandas kapal terbang sebenarnye boleh dibuka dari luar.
2. Pilot dan co-pilot diberikan makanan yang berbeza untuk mengelakkan salah sorang diracuni ketika penerbangan.
3. Selalunya pilot dan co-pilot akan tidur ikut suka hati mereka kalau rasa ngantuk. Kebiasaanya penerbangan yang mengambil masa yang lama. Yela, gila ko kalau flight pergi ke Australia dari Amerika ambik masa 22 jam tu beb. 
4. Takde. Sape-sape. Basuh. Menatang ni.
5. Beberapa pekerja syarikat penerbangan tidak akan dibayar sehingga penerbangan berada di udara.
6. Topeng oksigen hanya bertahan selama 15 minit.
7. Terdapat satu garis panduan untuk seberapa banyak had skru yang boleh hilang. Kalau melebihi had, kena ganti skru baru. Kang tak pasal-pasal tercabut sayap masa terbang nanti kan.
8. Seseorang mungkin pernah tukar lampin bayi kat dulang makan tempat duduk korang.
9. Pesawat biasanya sering dipanah petir.
10. Pemegang pintu kecemasan wujud supaya semasa huru-hara, krew penerbangan tidak  ditolak keluar. (Tak paham)
11. Kes kecurian pelampung penerbangan memang selalu berlaku. Patutla sejak kebelakangan ni aku naik flight ade pengumuman pasal kecurian ni.
12. Krew penerbangan boleh menunggu untuk menghidangkan makanan dalam penerbangan waktu malam agar lebih ramai orang boleh tidur. Jadi, mereka boleh rileks takde keje time tu sebab semua orang tido.
13. Jika ade ancaman bom apabila pesawat berada di atas lautan, mungkin korang takkan dengar tentang hal itu. Sebab taknak bagi korang cuak la tu.
14. Bakteria lebih banyak ade kat dalam air didalam pesawat berbanding tandas kat rumah. Yang ni aku tak pasti.
15. Sekiranya tetibe ade benda bergetar (vibrate) kat dalam beg korang semasa dalam penerbangan, korang akan terus disoal siasat serta merta.
16. Lampu di lorong ini adalah untuk membantu korang keluar semasa kecemasan. Ianya takde kena mengena dengan atmosfera. 
17. Krew penerbangan boleh guna handphone semasa penerbangan padahal korang kene bayar kalau nak pakai internet.
18. Ade headphone atau earphone kat dalam flight? Korang boleh guna, tapi takde sape yang cuci menatang tu. So, kalau ade bau taik telinga, itu korang punye pasal.


Sumber : Viralnova

Tiada ulasan