Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Fotografi Kehidupan Kanak-Kanak 2 Tahun Yang Sadis Dengan Ibu Bapanya Penagih Dadah! (17 Gambar)

Views
Poor little cute girl!

Jurugambar Russia Irina Popova telah menimbulkan kontroversi dengan koleksi siri gambar beliau, dimana gambar tersebut  berkisar mengenai kehidupan sebuah keluarga yang tinggal di ceruk gelap di Rusia. Beliau menangkap gambar kehidupan keluarga Anfisa iaitu kanak-kanak berusia 2 tahun yang comel dan ibu bapanya kedua-dua penagih dadah yang tegar, dimana menjadi persoalan - adakah Irina Popova hanya sebagai pemerhati sahaja dan mengambil keuntungan hasil dari gambar atau memang seorang yang berhati perut dan ingin menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada dunia gelap yang bergelumang dengan dadah?

Siri gambar ini bermula apabila Popova pergi melawat ibu Anfisa, iaitu Lila di jalan St Petersburg pada tahun 2008. Ketika itu, Lila tengah mabuk sambil membawa anaknya ketika itu masih bayi dengan stroller (kereta sorong bayi). Lila bersetuju apabila Popova meminta untuk melakukan sesi fotografi lalu menjemput Popova ke apartmennya, di mana Popova menemui teman lelaki Lila iaitu Pasha dan anak perempuan mereka Anfisa . Popova menghabiskan masa selama dua minggu di apartmen mereka  yang sangat daif dan kotor, di mana pasangan itu  sentiasa berpesta. Hasil daripada siri fotografi tersebut menyebabkan orang ramai berusaha untuk mengeluarkan Anfisa kanak-kanak berusia 2 tahun yang tidak berdosa itu daripada dunia gelap dan teruk. 



Akhirnya Anfisa tidak diambil oleh orang ramai untuk diselamatkan, tetapi berjaya pergi ke tadika dan ibunya Lila meninggalkannya. Sekarang Anfisa dijaga oleh bapaknya iaitu Pasha. Damn! Kesian gile budak ni.

Sumber : IrinaPopova

Tiada ulasan