Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Infografik Mengenai Evolusi Kostum Spiderman Dari Dulu Hingga Sekarang (6 Gambar)

Views
Jyeahh

Movie The Amazing Spider-Man 2 dah nak kuar panggung minggu depan 1 Mei ni, jyeahhh movie yang ditunggu-tunggu oleh aku dan korang semua pada tahun ni kan. Spider -Man mempunyai banyak perubahan kostum sejak penampilan sulung buku komiknya pada 52 tahun yang lalu. Selain daripada kostum klasik merah dan biru dengan pattern sarang labah-labah dari 1966, Spiderman juga pernah memakai satu sut 'Symbiote' iaitu sut hitam dengan icon labah-labah putih yang besar didada pada tahun 1984, dan 'Scarlet Spider' gabungan baju sukan dan 'bodysuit' pada tahun 1994. Kemunculan trilogi asal pada tahun 2002 melihat reka bentuk pakaian Spiderman mengambil inspirasi dari rupa kostum klasik dan bakal diperkemaskan lagi didalam filem reboot terbaru akan datang ni. 



Sumber :  ifunny.com

Tiada ulasan