Oh Yeah : Xperia Z2 Atau Xperia T2 Ultra?

Hmmmm..

Entry kali ni sebenarnya nak cerita masa nak beli smartphone baru untuk wife aku. Bukan apa, dia baru beli Samsung Galaxy Note 10.1 (2014 Edition), tak sampai dua bulan dah rosak! Gila ko RM2400 tu! Aku suggest dia beli Note 10.1 tu supaya senang dia nak tunjuk barang dia jual kat customer lebih-lebih lagi Note 10.1 ni dia ada satu application untuk melukis. Gempak gila wei. Sama macam Wacom Bamboo aku cuma kalau pakai note ni kita akan lukis direct atas skrin. Sape-sape yang kerja illustrator, memang sesuai gile beli Note 10.1 ni. 

Tapi malangnye dari segi ketahanannya sangatlah mengecewakan aku. Baru jatuh sikit dah rosak skrin! Gila ko, smartphone aku Lenovo S930 ni dah jatuh banyak kali takde pape problem pun. Sebelum beli orang Samsung tu dah cakap awal-awal, kami tak cover waranty untuk skrin, sekian terima kasih. Damn man! Memang aku malas la nak g hantar repair. Kalau repair pun mau dekat Rm1000-1500 macamtu harga skrin baru dan original. Kalau skrin 'cokia' punye, leh dapat dalam RM500-700 camtu. 

Ceh, aku bagitau wife aku, better beli lain yang baru la. Tapi jangan pakai tab skrin besar dan jenama Samsung, sebab wife aku ni lasak orangnye. Aku rasa Samsung patut bagi wife aku pakai sebulan untuk testing gadget terbaru mereka, kalau lepas dari sebulan, memang tahan la gadget tu, hahaha. Bukan aku nak kondem produk Samsung ni, cuma dia ikut pengguna jugak, kalau yang lasak tu better amik smartphone skrin kecik sikit macam S5 ke, siap boleh masuk air koooo. Bawah ni gambar Galaxy Note 10.1 yang aku cakapkan ni.


Design, takyah cakap la, memang smart gila macam Note 3, cuma skrin dia besar 10 inci. Gambar Note 10.1 wife aku punye yang dah rosak aku tak snap pun, malas. Rosak sebab skrin dia takleh ON langsung, lepas tu ade crack sikit kat penjuru. Okla, nasib baik wife aku ade iPhone 4s sebagai backup. Serius aku tabik spring kat iPhone 4s ni, dah 4 taun wife aku pakai. Terjatuh, tersiram air panas, kena itu, kena ini, tapi still berdiri teguh. Yela, kerangka besi, memang tahan la beb.

Cuma, skrin dia kecik, nak g jumpa customer tunjuk barang bisnes pun tak best. So, sebagai solution, aku pun ajak dia g AEON atau Jusco untuk belek-belek smartphone atau phablet 6 inci tapi bukan dari jenama Samsung, sebab aku takbagi dia pakai jenama tu sebab jenama tu sesuai untuk orang yang jaga betul-betul dan cermat menggunakannya. Mesti korang akan kata, ala, baru sekali pakai terus pangkah. No, aku pangkah untuk wife aku je, sebab dah 3 kali dia pakai jenama tu. First sekali aku tak ingat jenama dia tapi skrin 4 inci je, skrin rosak. Second, Galaxy Tab 2 10.1, skrin pecah memang totally rosak abis. Third, yang Note 10.1 ni. Bukan ape, aku tengok orang lain pakai sampai 4 taun elok je. Ramai kawan aku pakai elok je. Kalau aku pakai pun, aku rasa mungkin takde pape problem. So, dalam kepala otak aku masa tu, aku ingat nak tengok Sony atau HTC.

Satu persatu aku amik flyers dari kedai-kedai yang ada kat AEON tu. Sebelum ni ade gak amik flyers dari Angsana Mall Ipoh (Dulu Greentown Mall) dan Ipoh Parade. So, dah puas bincang, akhirnya kami putuskan untuk amik jenama Sony jenis yang tahan lasak boleh masuk air tu. Antara jenama yang dalam kepala adalah Xperia Z2, Xperia Z Ultra, dan Xperia T2 Ultra.

Xperia Z2
Xperia Z Ultra
Xperia T2 Ultra

Haaa, semua design dia mengancam kalbu dan lebih kurang sama je kan? Ok spec masing-masing adalah :-

Xperia Z2:
OS: Android (4.4.2)
Dimensions: 5.78 x 2.89 x 0.32 inches (146.8 x 73.3 x 8.2 mm)
Weight: 5.75 oz (163 g) the average is 4.7 oz (136 g)
Body material: Glass
Rugged: Water, Dust resistant
IP certified: IP 58
Displaybenchmark
Physical size: 5.2 inches
Resolution:1080 x 1920 pixels
Pixel density: 424 ppi
Technology: IPS LCD
Colors:16 777 216
Touchscreen:Multi-touch
Features: Light sensor, Proximity sensor, Scratch-resistant glass
Camerabenchmark
Camera: 20.7 megapixels
Flash: LED
Aperture size: F2.0
Camera sensor size:1/2.3"
Features: PopupCMOS image sensor, Autofocus, Touch to focus, Digital image stabilization, Face detection, Smile detection, White balance presets, Burst mode, Digital zoom, Geo tagging, High Dynamic Range mode (HDR), Panorama, Effects
Camcorder: 3840x2160 (4K)
Features:High Dynamic Range mode (HDR)
Front-facing camera: 2.2 megapixels
Hardwarebenchmark
System chip:Qualcomm Snapdragon 801 MSM8974-AB
Processor: Quad core, 2300 MHz, Krait 400
Graphics processor: Adreno 330
System memory: 3072 MB RAM
Built-in storage:16 GB
Storage expansion: microSD, microSDHC, microSDXC up to 128 GB
Batterybenchmark
Talk time:15.00 hours the average is 12 h (703 min)
Stand-by time: 28.8 days (690 hours) the average is 20 days (490 h)
Talk time (3G):19.00 hours the average is 14 h (870 min)
Stand-by time (3G):30.8 days (740 hours) the average is 29 days (703 h)
Capacity:3200 mAh
Wireless charging: Optional
Positioning: GPS, A-GPS, Glonass
Navigation: Yes
Connectivity Bluetooth:4.0
Wi-Fi: 802.11 a, b, g, n, n 5GHz, ac
Mobile hotspot: Yes
USB: USB 2.0
Connector: microUSB
Features:Mass storage device, USB charging
Other: NFC, DLNA, Miracast, MHL, Tethering, Computer sync, OTA sync, ANT+, SyncML

Xperia Z Ultra
Device type:Smart phone
OS:(4.4, 4.3, 4.2.2)
Dimensions:7.06 x 3.63 x 0.26 inches (179.4 x 92.2 x 6.5 mm)
Weight:7.48 oz (212 g) the average is 4.8 oz (136 g)
Body material:Glass
Rugged: Water, Dust resistant
IP certified:IP 58
Displaybenchmark
Physical size:6.4 inches
Resolution:1080 x 1920 pixels
Pixel density:342 ppi
Technology:TFT
Colors:16 777 216
Touchscreen:Multi-touch
Features:Light sensor, Proximity sensor, Scratch-resistant glass
Camerabenchmark
Camera:8 megapixels
Features:PopupBack-illuminated sensor (BSI), Autofocus, Touch to focus, Digital image stabilization, Face detection, Smile detection, Exposure compensation, White balance presets, Burst mode, Digital zoom, Geo tagging, High Dynamic Range mode (HDR), Panorama, Scenes, Effects, Self-timer
Camcorder:1920x1080 (1080p HD)
Features:Digital image stabilization, High Dynamic Range mode (HDR), Picture-taking during video recording
Front-facing camera:2 megapixels
Hardwarebenchmark
System chip:Qualcomm Snapdragon 800 MSM8974
Processor:Quad core, 2200 MHz, Krait 400
Graphics processor:Adreno 330
System memory:2048 MB RAM
Built-in storage:16 GB
Maximum User Storage:11 GB
Storage expansion:microSD, microSDHC, microSDXC up to 64 GB
Batterybenchmark
Talk time:14.00 hours the average is 12 h (714 min)
Stand-by time:36.2 days (870 hours) the average is 20 days (491 h)
Talk time (3G):16.00 hours the average is 14 h (855 min)
Stand-by time (3G): 34.2 days (820 hours) the average is 29 days (695 h)
Stand-by time (4G): 29.2 days (700 hours) the average is 23 days (559 h)
Capacity: 3050 mAh
Positioning: GPS, A-GPS, Glonass
Navigation:Turn-by-turn navigation
Connectivity Bluetooth:4.0
Wi-Fi:802.11 a, b, g, n, n 5GHz, ac
Mobile hotspot:Yes
USB:USB 2.0
Connector:microUSB
Features:Mass storage device, USB charging
HDMI:via microUSB
Other:TV-Out, NFC, DLNA, MHL, Tethering, Computer sync, OTA sync, ANT+

Xperia T2 Ultra
Device type:Smart phone
OS:(4.4.2, 4.3)
Form factor:Candybar
Dimensions:6.50 x 3.30 x 0.30 inches (165.2 x 83.8 x 7.65 mm)
Weight:6.07 oz (172 g) the average is 4.8 oz (136 g)
Side Keys:Right: Lock/Unlock key
Colors:Black, Purple, White
DisplayPopupbenchmark
Physical size:6.0 inches
Resolution:720 x 1280 pixels
Pixel density:245 ppi
Technology:IPS LCD
Colors:16 777 216
Touchscreen:Capacitive, Multi-touch
Features:Light sensor, Proximity sensor
Camerabenchmark
Camera:13 megapixels
Flash:LED
Aperture size:F2.4
Features:PopupAutofocus, Face detection, Smile detection, Burst mode, Digital zoom, Geo tagging, High Dynamic Range mode (HDR), Panorama, Scenes, Effects, Self-timer
Camcorder:1920x1080 (1080p HD)
Front-facing camera:1.1 megapixels
Video capture:1280x720 (720p HD)
Hardwarebenchmark
System chip:Qualcomm Snapdragon MSM8928
Processor:Quad core, 1400 MHz, ARM Cortex-A7
Graphics processor:Adreno 305
System memory:1024 MB RAM
Built-in storage:8 GB
Maximum User Storage:4.8 GB
Storage expansion:microSD, microSDHC, microSDXC up to 32 GB
Batterybenchmark
Talk time:14.00 hours the average is 12 h (710 min)
Stand-by time:44.6 days (1071 hours) the average is 20 days (491 h)
Talk time (3G): 24.00 hours the average is 14 h (856 min)
Stand-by time (3G): 43.6 days (1046 hours) the average is 29 days (692 h)
Stand-by time (4G):37.4 days (897 hours) the average is 23 days (543 h)
Music playback:93.00 hours
Video playback:10.00 hours
Capacity:3000 mAh
Type:Li - Ion
Positioning: GPS, A-GPS, Glonass
Navigation:Yes

Dari apa yang aku paham kat sini Xperia Z2 memang power gile la, dengan kamera 20 mpx, processor, ketahanan dia, memang gempak. Z Ultra plak lebih kurang cuma kamera 8 mpx. Tapi Z ultra memenuhi ciri-ciri phablet yang wife aku nak. Skrin 6.4 inci tu sangat-sangat cantik diperkasakan plak ngan Bravia Engine, gambar dia memang power la. T2 Ultra plak downgrade sikit spesifikasi dia, tapi kamera power dari Z Ultra. So, agak lama gak bincang punya bincang dengan wife mana satu nak beli. 

Cina kedai tu plak suggest Xperia Z2. Memang aku tak nafikan Z2 tu power, sama power macam Note 3 tapi kamera tak leh celen la. Tapi bila tengok harga, memang lari budget la. Harga dia lebih kurang RM2299 kalau tak silap aku. Itu memang harga original. Kat AEON memang jual smartphone ori je, yang AP set, klon set memang tarak jual punya. So, kedai kat AEOn tu memang trusted seller and dealer la. Sebab tu aku ajak wife beli kat AEON. Kalau kat Angsana Mall tu kebanyakkannya AP set. Ala, ori set ngan AP set tu beza dia warranty je.

So, Z2 tu terpaksa disingkirkan dari list walaupun ianya adalah smartphone yang power bak hang. So, sekarang tinggal dua battle je la, antara Z ultra ngan T2 Ultra. Z ultra ni kalau tak silap dah setahun dah. T2 Ultra ni baru lagi, bulan 2 dah kuar, kalau tak silap aku la. Xperia Z Ultra dah turun sikit harga. Harga dia masa aku tengok tu, RM1599. Xperia T2 Ultra plak, RM1299. Masih dalam budget la. "Z Ultra boleh rendam dalam air" cina tu cakap. Wife aku agak tertarik la ngan kemampuan dan ketahanan yang diberikan. T2 Ultra plak tak boleh rendam dalam air, hanya seperti smartphone yang lain-lain. Tapi T2 ultra punya kamera 13 mpx, manakala Z Ultra 8 mpx je. Hmmm, aku dah mula pening mana satu yang nak pilih. Last-last bincang punya bincang lagi, dari segi harga, kegunaan harian yang utama, kami pilih.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

XPERIA T2 ULTRA!!!

Kenapa kami pilih T2 Ultra? Disebabkan oleh harga yang agak murah dengan phablet bersaiz 6 inci hanya RM1299, kamera yang awesome yang ade pelbagai fungsi, sesuai untuk wife aku tangkap gambar barang bisnesnya, berat yang ringan, bila jatuh mungkin impak dia tak teruk sangat. Kenapa tak pilih Z Ultra? Sebabnya adalah, Z Ultra model dah lama, skrin besar yang berasaskan gelas kaca agak merisaukan kalau jatuh, kamera yang average 8mpx dahla takde flash, damn, lepas tu saiz yang melebihi 6 inci susah nak pegang satu tangan kalau nak menaip. Fuhhh.. lega dah dapat beli smartphone baru untuk wife, sebab customer dah macam-macam nak order tapi susah nak tengok barang. Yay!!

Comments

  1. tapi sape dah pakai z ultra, susah nk tukar phone lain... best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en johan harith sy tertarik bace blog encik..mcm mne nm contact en..ada benda sy nak tanyee..boleh ke en email sy di alamat cyg85609@gmail.com

      Delete
  2. T2 ultra leh main playstation tak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts