Header Ads

Terkini

11 Rekaan Genius Yang Memudahkan Manusia Untuk Menjalani Kehidupan Seharian

Views
Ada rekaan baru yang dibuat dan dipatenkan setiap hari. Mungkin ada rekaan yang lebih bermanfaat daripada yang lain. Tetapi, ada rekaan yang begitu genius, sampaikan korang akan tertanya-tanya kenapa tak jual banyak-banyak. Hmmm, mana la nak dapatkan benda-benda macam ni ye. Kecuali sistem parking tu aku rasa kat Mid Valley ngan Sunway Pyramid dah ade lama dah.

1.) Sebuah plug elektrik dengan lampu malam dibina sekali? Yes, lepas ni nak pasang plug charger takde la aku tersalah cucuk time nak tido.

2.) Ini adalah cara yang bijak untuk mengajar orang ramai untuk mengitar semula dengan membiarkan mereka menggunakan botol plastik yang dibawa sendiri untuk membayar sambil tu boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa wang tunai.

3.) Akhirnya! Setiap kali aku minum kopi mesti akan ade kesan titisan sikit-sikit tumpah kalau guna cawan putih. Dengan adanya cawan dengan titisan tiruan ni, masalah aku settle.

4.) Bateri USB ini boleh dicas semula dan benar-benar akan membantu jika korang memerlukan kuasa bateri dengan segera dan tidak mempunyai masa. Jyeahhh, batteryception. 

5.) Handphone korang habis battery?. Jangan risau dan gelabah, pengecas ni adalah penyelamat korang. Ianya berfungsi dengan kesejukkan air yang korang minum dan peliknya ia juga akan cas bila korang puji air yang korang minum tu sedap bangettttt. Gitchewwwww.

6.) Pernah tergesa-gesa mencari di dalam bilik atau rumah korang selama setengah jam, bertanya-tanya di mana sih kok kunci korang? Dengan meletakkan seramik ini, korang boleh mengesan apa jua objek penting yang korang telah hilangkan atau salah letak dengan menggunakan teknologi satelit dan telefon pintar anda. Wah, marbelles gitchewwwwww.

7.) Meninggalkan panggung sekejap untuk pergi ke bilik air di sebuah panggung wayang adalah salah satu kerugian. Mungkin beberapa babak penting macam babak berbogel ke korang tertinggal, rugi tau. (hahahaha) Memasang tv led kecik kat dalam jamban macam ni mungkin korang takkan tertinggal babak penting tersebut lalu menggunakan sabun dengan banyak sekali. Sambil menyelam, minum air. *eh tetibe. Aku risau kalau Malaysia buat camni silap-silap ade longgokan tahi panas kat atas tv tu nanti. (bersangka baik)

8.) Aku rasa benda ni la paling genius dan paling aku nak sekali. Hanya cucuk hendpon korang kat pengecas solar ni untuk mengecas, sambil tu pengecas tu korang hala kat matahari. Kalau hujan, try letak kat ketiak, mungkin boleh jadi sebab kawasan tu panas kan. 

9.) Ala yang ni macam aku cakap tadi, dah ade banyak kat mall yang canggih manggih skang. Tak heran sangat. (ceh berlagak). Sistem parking ni adalah berfungsi apabila kawasan yang ade kete, ianya akan menyalakan lampu merah kecik kat atas. Bila ade parking kosong, lampu kecik tadi akan jadi hijau, so senang kalau nak cari parking dari jauh dah nampak dah.

10.) Idea ni sangat bijak. Ianya adalah tempat parking basikal berkunci tanpa mengambil ruang yang banyak kat tepi jalan bila tak digunakan.

11.) Earphone yang sangat bijak rekaannya. Takde dah earphone korang berselirat kat dalam poket.

Sumber : Ebaumsworld.com

5 ulasan

HaziziYusof berkata...

wow... rekaan yang menarik..ada beberapa rekaan terasa macam memang bijak mcm recycle botol tu dan solar phone cas tu..best lahh..

apa-apa pun kalau kelapangan singgah blog kami yer.. best tau :~

www.izzium2u.blogspot.com ~ pelbagai produk dgn harga murah, murah dan murah

www.ummyizzlife.blogspot.com ~ kesihatan anda masa depan anda

JohanHarith berkata...

Follow la blog ni dlu baru la org follow blog kamu

Yyah berkata...

awesome...terbaek arh

Yyah berkata...

awesome...terbaek arh

Yyah berkata...

awesome...terbaek arh