Oh Yeah : Misteri Kapal 'Ourang Medan' Di Selat Melaka Yang Tidak Dapat Diselesaikan Sehingga Kini

The real ghostship!

Ni first time aku tau pasal misteri kapal Ourang Medan ni. Bila sebut, aku rasa sebenarnye nama kapal ni Orang Medan, maksudnye orang daripada Medan, Indonesia. Tapi tak tau la masa tu zaman bila kan. 

S.S Ourang Medan merupakan sebuah kapal Belanda di mana telah dikenali atas kejadian luar biasa terhadapnya sekitar Selat Melaka selepas perang dunia kedua. Kejadian luar biasa ini mungkin telah banyak dianggap sebagai suatu cerita dongeng, tetapi, kejadian ini benar-benar telah berlaku di alam nyata.


Cerita misteri berkaitan kapal ini bermula pada tahun 1947, di mana dua kapal Amerika telah menerima sebuah panggilan kecemasan ketika sedang mengawasi pengairan Selat Melaka (Malaysia). Pemanggil itu menyatakan bahawa beliau adalah salah seorang krew kapal S.S Ourang Medan. 
Dalam panggilannya, beliau telah menyatakan bahawa semua krew kapal termasuk kapten telah mati. Mesejnya telah menjadi satu misteri apabila beliau mengakhiri ucapannya dia mengatakan "Saya mati".

Potongan sebenar panggilan yang dibuat :
“All officers including captain are dead lying in chartroom and bridge.” read the message. “Possibly whole crew dead." This was followed by some indecipherable Morse code chatter, probably more SOS signals, and then one final grisly message... "I die." selepas itu, terus senyap.

Kedua-dua kapal Amerika itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kapal S.S Ourang Medan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kerosakkan. Tetapi, semua krew kapal dan kapten kapal ditemui mati dalam keadaan yang amat mengerikan. Mereka mati dalam keadaan ekspresi muka yang sedang takut dan ada diantara mereka yang menunjukkan jari mereka ke arah sesuatu yang tidak ada di sana.

Gambar Hiasan

Sebelum penyiasatan dapat diteruskan, kapal S.S Ourang Medan tiba-tiba dijilat api secara misteri. Kajian terpaksa dihentikan. Kapal S.S Ourang Medan dikatakan telah meletup dan karam.

Sehingga kini, misteri kapal S.S ourang Medan masih lagi dibincangkan. Dan ada antara pendapat yang mendakwa bahawa kapal ini telah diserang oleh UFO, Alien dan kejadian misteri yang masih belum dapat dibongkar.

Berlaku kat Selat Melaka plak tu. Mana la tau masa tu orang Melaka ni ade ilmu yang mistik boleh menjadikan kapal tu macamtu, perghhh memang misteri ni.

Comments

Popular Posts