Header Ads

Terkini

Oh Yeah : 10 Jenama Terkenal Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Made In Malaysia!!

Views
Nice! Nak bangga atau tak?
Banyak sebenarnya barang-barang made in Malaysia tapi yang aku list kan ni adalah jenama yang korang tak tau yang ianya sebenarnya made in Malaysia! Fuh, maknanya selama ni aku banyak beli barang made in Malaysia la ni kan. Contohnya macam Bonia ngan Paddini. Mati-mati aku ingat jenama dari Paris ke atau Itali. Terer mereka ni menjenamakan produk sampai famous kat luar negara. Kan best kalau Malaysia ade jenama handphone macam Samsung tu. Rasanya ade tapi kualiti memang takleh nak cakap la. Tapi ape-ape pun jom mari usha ape jenama tu!

1. Bonia


Jenama Bonia memang asal dari Malaysia dan bukannya dari Itali. Konsep dan inspirasinya cuma ke arah Itali dalam rekaan mereka ini. Bonia Coporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan SS Chiang. Pada tahun 1977 beliau melawat Pameran Perdagangan di Bologna, Itali di mana beliau telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16, Giambologna.

2. San Francisco Coffee


Pasti ramai yang tidak sangka jenama ini adalah dari Malaysia dan bukannya dari San Francisco, Amerika Syarikat. Pemiliknya dahulu seorang warganegara Amerika dan menetap di Malaysia agak lama. Kegemaran beliau terhadap kopi yang membuatkan beliau membuka perniagaan ini pada 1997 dan diberi nama San Francisco Coffee.

3. Ogawa


Ogawa bukan jenama dari Jepun ataupun Korea Selatan. Ia adalah Made In Malaysia. Pemilik Ogawa, Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian merupakan rakyat Malaysia yang membina jenama Ogawa ini pada tahun 1996 sehingga ke hari ini. Kita sebagai rakyat Malaysia kena ucapkan terima kasih kepada mereka kerana dengan adanya mereka adalah kerusi urut yang selesa walaupun kosnya agak mahal.

4. Flipper


Fipper adalah jenama bagi selipar yang menyerupai selipar jepun. Selipar ini boleh dikatakan selipar Jepun taraf 5 bintang. Ia setanding dengan jenama Roxy, iPanema dan sebagainya. Yang dibanggakan adalah ia jenama dari Malaysia. Jack Lim mengasaskan jenama ni pada tahun 2008 dengan harga selipar daripada RM13 ke RM23 sepasang dan diperbuat daripada getah Thai dengan logo gajah kecil. 

5. British India


Ia bermula pada tahun 1994, dimana ia diasaskan oleh rakyat Malaysia bernama Pat Liew. Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam arena fesyen ini merupakan nadi pada jenama British Inda ini. Nama bukan bermakna ia dari luar negara tetapi apa yang diterapkan dalam konsep rekaan baju mereka adalah Classic, Yoga, Traveler, Adventure dan sebagainya.

6. Padini


Padini antara jenama kegemaran rakyat Malaysia memandangkan harganya yang berpatutan dan banyak pilihan. Di bawah Padini Holdings Bhd terdapat juga jenama lain seperti Seed, P&Co, PDI, Miki, Vincci dan Brands Outlet. 

7. Vochelle


Chocolate old-skool Vochelle bukanlah dari Switzerland walaupun diedarkan oleh Maestro Swiss Group. Mereka dengan bangganya meletakkan asal usul mereka di bawah ‘Company Values’.

8. The Manhattan Fish Market


Jenama yang namanya di ambil dari luar negara tetapi asal usulnya dari Malaysia. Berapa ramai yang sangka jenama ini dari Manhattan? Diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh merupakan sahabat baik yang sangat bangga dengan identiti rakyat Malaysia mereka pada jenama yang terselindung ini.

9. Lewre


Ramai yang tahu Jimmy Choo seorang rakyat Malaysia. Tapi jenama Lewré juga dari Malaysia sebenarnya  Ia diasaskan oleh Datuk Lewré Lew pada tahun 1997 yang juga anak murid Jimmy Choo. Kini rekaannya ada di seluruh dunia.

10. Gardenia


Roti popular di Malaysia yang berslogankan 'Sungguh enak di makan begitu saja". Gardenia Food Industries diasaskan di Kota Kinabalu Sabah. Dari segi bungkusan nampak seperti rotti luar negara tetapi ianya dari Malaysia. Bangga tidak?

Sumber: terowonginformasi

Tiada ulasan