Header Ads

Terkini

8 Gambar Dan Kes Paling Misteri Yang Tidak Dapat Dirungkai!

Views
Beberapa perkara yang berlaku didunia ini ade yang misteri ade yang pelik dan macam-macam lagi. Perkara yang misteri dan aneh ni orang takkan percaya kalau takde bukti. Kadang-kadang kita saje je amik gambar, tetibe ade benda lain yang menumpang dalam gambar tu, memang seram la woi. Takpun, tetibe tengah belek gambar dalam henpon, ade monyet photobomb gambar kita tu. Tetibe akan jadi seram dan terfikir bila masa lak ade bela monyet dalam umah? Selidik punye selidik, rupanya adik dia lompat sana sini terkinja kinja macam monyet dan ade terselit sekali aksi dia dalam tu gambar tu. Yeah, benda macam tu kita boleh siasat dengan mudah bila kita berfikir dengan rasional dan realistik. Tetapi, gambar yang bakal ditunjukkan ni, memang sampai FBI siasat pun tak settle sampai skang ni.

1. The Babushka Lady
Semasa pembunuhan 1963 John F. Kennedy, seorang wanita telah dirakamkan dan di dalam gambar tersebut wanita itu beberapa kali mengambil gambar sementara orang lain sedang berlari. FBI telah cuba untuk mencari wanita ini, tetapi identiti dan gambar beliau tidak pernah ditemui.
Mesti korang fikir, 'ek eleh..standard la orang akan amik gambar bila benda macam tu berlaku, dan ape yang misteri sangat?' Apa yang misterinya disini ialah wanita tersebut seolah-olah sudah bersedia dari awal untuk merakamkan kejadian tersebut.
Dalam video semasa kejadian, korang boleh tengok sendiri wanita tersebut kat Youtube. Ala, korang carik sendiri. Malas aku nak letak link dalam ni. Adakah JFK dibunuh dari jarak dekat? Adakah wanita ini sebenarnya bukan wanita tetapi lelaki yang menyamar? Kalau korang suka tengok movie yang banyak plot twist memang korang akan fikir pelbagai kemungkinan yang ada. Kadang-kadang pembunuh ni bijak dan nak kita fikir yang JFK dibunuh dari jarak jauh, padahal dari dekat je, mana lah tau kan? Wallahualam.

2. Solway Firth Spaceman
Haaa..kes yang ni macam yang aku bagitau kat atas tadi. Gambar ni diambil oleh bapak kepada budak dalam gambar ni. Tapi, bila dia balik dan cuci gambar ni, dia terkejut sebab ade mamat mana tah pakai baju angkasa. Gambar ini menjadi terkenal sehinggakan Syarikat Kodak (jenama kodak yang digunakan untuk mengambil gambar misteri tersebut) telah menganjurkan pertandingan siapa yang dapat teka gambar tersebut akan dapat Kodak free seumur hidup. Pelbagai teori yang dihasilkan untuk menjelaskan gambar misteri ini, tetapi tiada satu pun yang boleh diterima sehinggalah hari ni ada satu teori yang mungkin boleh diterima pakai.
Diatas adalah antara gambar yang diambil sebelum gambar misteri tersebut menunjukkan mak kepada budak tersebut iaitu Annie disebelah kanan. Gambar seterusnya adalah teori yang mungkin dapat merungkai misteri gambar ini.
Nampak? Orang angkasawan itu adalah mak dia sendiri! Tapi ni teori daripada website ni Debunked! Tak tau la betul atau tak. Sebab bentuk badan orang tu macam tough abang sado je. Rambut pun keras. Mungkin yang menjadi misteri kat sini adalah bapak budak ni bagitau takde sesiapa kat situ selain mereka tiga orang. Hurmmmm...

3. Hesdalen Light
Cahaya aneh ini dikatakan muncul dalam gambar yang diambil di Norway Hessdalen Valley.
Penyelidikan telah dilakukan untuk mencari punca cahaya ini terhasil, tetapi saintis masih gagal untuk menjelaskan fenomena ini. Pasal benda ni aku rasa ni faktor cahaya kot. Ade yang kaitkan fenomena ni ngan Alien. Padahal aku rasa maybe benda ni disebabkan biasan cahaya. Tengok gambar dibawah.
Ade persamaan kan? Tapi tak tau la gak macam mana ia terhasil sebab saintis sendiri pun tak tau dari mana punca cahaya tu yang telah menghasilkan cahaya macam pelangi tu.

4. Black Knight Satelite
Pada tahun 1960 , objek yang hitam ditemui dalam atmosfera Bumi. Pada masa tu, tak ade langsung satelit telah dilancarkan , dan objek yang tidak dikenal pasti tersebut dikatakan bukan daripada buatan manusia. Nampak macam orang tengah naik penyapu ajaib macam dalam cerita Harry Potter. Dibawah adalah gambar lain yang telah diupgrade reolusinya.
Fuuu...memang aneh kan? Macam dalam cite Transformer pun ade gak!
Kapal angkasa? Macam-macam teori yang dihasilkan tetapi sehingga sekarang misteri satelit ini masih tidak dapat dirungkai.

5. The Hook Island Sea Monster
Pada tahun 1964, makhluk laut yang kelihatan seperti berudu gergasi dilihat berenang di lagun Pulau Hook. Dua orang sahabat iaitu Henk de Jong dan Le Serrec perasan makhluk yang berenang ke arah mereka , lalu terus mengambil beberapa gambar sebelum makhluk yang dilaporkan tersebut membuka mulutnya dan kemudian pergi ke tempat lain. 
Diatas adalah gambar yang lebih dekat dirakamkan oleh mereka. Nampak macam berudu tapi besar. Entahlah, macam tipu pun ade. Benda macam ni susah nak percaya sebab kita tak tau sama ada gambar ni tulen atau palsu. Maybe ikan paus yang cacat? Ular gergasi? Saiznya dikatakn sepanjang 80 kaki. Woahhhh memang besar!! Tetapi gambar ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

6. Goddard's Squadron
Gambar ini diambil pada hari pengkebumian Freddy Jackson. Di bahagian atas gambar, korang boleh nampak imej wajah di belakang salah seorang ahli skuad. Pegawai-pegawai percaya bahawa imej wajah yang kelihatan itu adalah Freddy Jackson. Gambar-gambar macam ni memang bukan edit punye. Zaman dulu-dulu manada photoshop nak tempek muka orang lain kat situ. Tapi gambar-gambar macam ni memang banyak ada dan masih kekal misteri kerana mahkluk ghaib mungkin suka bergambar.

7. The Mysterious Case of Elisa Lam
Elisa Lam ditemui mati dalam tangki air di atas bumbung hotel pada tahun 2013. Rakaman daripada cctv bahagian keselamatan merakamkan semula detik-detik beliau sebelum kematiannya dan menunjukkan beliau masuk ke dalam lif. Actually, bukan gambar ni yang misteri, tetapi lebih kepada video cctv tersebut yang korang boleh tengok kat Youtube. Semasa beliau memasuki lif itu bersendirian, beliau mula bertindak dengan aneh, dengan melangkah dan mengetepikan sesuatu seolah-olah beliau sedang cuba untuk menyorok daripada seseorang. Kemudian, beliau seolah-olah bercakap dengan seseorang dan terus keluar dari lift tersebut. 
Elisa Lam, seorang pelajar berusia 21 tahun yang berketurunan Kanada-Asia, tinggal di Hotel Cecil di Los Angeles pada masa kematiannya pada Januari 2013 - sebuah hotel bajet dengan beberapa 600 bilik tetamu yang dibina pada tahun 1927 dan hanya sebahagiannya diubah suai pada tahun 2007. Cecil Hotel , iaitu tempat tinggal pernah menjadi rumah kepada pembunuh bersiri Richard Ramirez, aka Nightstalker , dan juga seorang lagi pembunuh bersiri iaitu Jack Unterweger . Ia juga didakwa di tempat itu juga seorang pelakon iaitu Elizabeth Short aka Black Dahlia disembelih, dan kes tersebut masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Pembunuhan tersebut berlaku pada tahun 1947. 
Apa yang misteri?? Misterinya ialah kematian beliau langsung tiada apa-apa tanda yang aneh seperti dipukul atau dikelar. Kematian beliau juga diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Mayat beliau dijumpai oleh pekerja tangki air tersebut setelah menerima aduan daripada orang ramai mengenai air yang kotor dan busuk. Bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan disini. Yang pertama adalah bagaimana Lam dapat naik keatas bumbung? Akses kepada bumbung telah dipagar rapi dan ruang atas bumbung dilengkapi dengan alat penggera. Paling pelik adalah tangki air tersebut adalah begitu susah sekali untuk dibuka sehinggakan pekerja tangki terpaksa memotong tangki untuk mengeluarkan mayatnya. Penutup tangki air begitu berat, tambahan pula, bahawa ia mungkin satu perkara yang mustahil untuk satu orang boleh menggerakkannya. Persoalannya disini macammana Lam boleh masuk dalam tu pastu tutup balik tangki tu? 
Nak tau perkara lagi pelik? Ada orang misteri mengemaskini blog beliau enam bulan selepas kematiannya.........

8. Time Traveler
Gambar ini telah diambil pada tahun 1941 semasa acara pembukaan semula di Jambatan Selatan Forks di Gold Bridge , Kanada. Apa yang pelik korang tengok kat gambar atas ni?Haaaa...ade seorang lelaki yang penampilannya memang berbeza dari orang lain. Dari segi stail rambut, baju, dan cermin mata yang dia pakai memang macam dari zaman sekarang. Bukan tu je, korang tengok kamera yang dia pegang. Pakai DLSR nyah oiiii! Yang lain semua pakai kamera yang ade mentol kat atas. Kesahihan gambar ni aku tak pasti betul ke dari zaman 1940-an. Maybe set penggambaran kot, mana tau kan? Tapi kalau gambar ni memang sahih dari taun 40-an, memang misteri gile. Takpun mamat tu memang stail dia macam tu. Entahla, Wallahualam.