Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Pelajar Dari Estonia Ini Membina Megafon Gergasi Yang Diperbuat Daripada Kayu Untuk Mendengar Bunyi Unik Dari Hutan

Views
Awesome

Sekumpulan pelajar seni bina dalaman telah membina beberapa buah Megafon Gergasi yang diperbuat daripada kayu dan diletakkan di dalam hutan yang dalam di Estonia. Ia adalah pemasangan sistem akustik berskala besar yang dapat menguatkan bunyi yang ada di dalam hutan. Pemasangan ini menggabungkan ruang seni bina kontemporari dan hutan belantara dan boleh diakses untuk pejalan kaki dan pencinta alam semula jadi. Ianya diletakkan pada jarak dan sudut daripada semua tiga arah lalu mewujudkan bunyi halus yang unik di tengah-tengah. 

Megafon ini juga boleh digunakan sebagai ruang tempat duduk dan berehat atau juga sebagai pentas. Pencetus kepada idea ini adalah pelajar seni bina dalaman iaitu Birgit Õigus. Megafon ni kepada siapa yang tak tau ialah sistem penyerap bunyi sebagai contoh korang boleh try potong botol kosong pastu tekapkan kat telinga kat botol tu lepas tu boleh dengar bunyi yang halus dan unik hasil daripada serapan botol tu. 

Teknik ni jugak difahamkan hampir sama dengan digunakan oleh askar untuk mendengar bunyi tapak kaki musuh yang berjalan dengan menekapkan telinga ke bawah tanah.


Tiada ulasan