Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Kesilapan Epik Pegumuman Anugerah Oscar Untuk Filem Terbaik : Inilah Sebabnya Mengapa Tipografi Sangat Penting

Views
Aritu Miss Universe, skang Oscars plak, mana silapnya? Attention to all designers!

Anugerah Oscars 2017 telah mencatat sejarah bukan hanya kerana filem ('La La Land') menerima jumlah rekod pencalonan terbanyak tetapi juga kerana filem yang sama telah tersilap dianugerahkan anugerah Filem Terbaik apabila pemenang sebenar adalah 'Moonlight'Terdapat banyak spekulasi mengenai kesilapan pengumuman itu tetapi sekarang adalah jelas bahawa terdapat kekeliruan sampul surat. Selain daripada sampul untuk anugerah filem terbaik, pengumum pada masa itu iaitu Warren Beatty dan Faye Dunaway juga menerima satu sampul surat dengan kategori pelakon terbaik wanita iaitu Emma Stone untuk filem 'La La Land.'

Selain itu, perkara yang membuatkan situasi menjadi lebih teruk lagi, pengumum langsung tiada petunjuk bahawa mereka menerima sampul surat yang salah kerana tipografi yang tak berapa sesuai digunakan pada kad. Walaupun nama Emma Stone di atas, ianya jelas menunjukkan nama 'La La Land' di bawah, selepas itu hanya petunjuk kecil di bahagian paling bawah ditaip anugerah pelakon wanita terbaik.

Jom tengok bagaimana Benjamin Bannister menerangkan langkah demi langkah, bagaimana hanya kerana tipografi yang salah telah menjadikan acara paling berprestij di Hollywood menjadi acara yang memalukan dalam sejarah Oscar.

Shot asal pengarah 'La La Land' Kenneth Lonergan memegang kad FilemTerbaik

Berdasarkan kad yang ini, inilah kad yang mula-mula diterima oleh Warren dan Faye dan mereka terkeliru disini
'Nampak tak kesilapan tipografi kat sini?. Ape ke bongok tipografi best actress tu kecik nak mampoih. Korang semua bayangkan anugerah paling berprestij ni pastu korang plak yang akan announce anugerah paling dikehendaki, memang gugup gile babeng. Pastu, dengan tipografi yang bengong camni plak. Sudah tentu, sesiapa je boleh buat kesilapan yang jujur ​​yang sama.'

Sekarang, jom kita bayangkan di mana pegumum diberikan tipografi versi ini yang telah diubah suai tipografinya, dengan menggunakan unsur-unsur yang sama pada kad asal
'Ianya mungkin kelihatan tiada perubahan yang ketara kepada orang biasa, tetapi mengubah saiz, kedudukan, dan berat teks boleh membuat perbezaan yang sangat besar. Satu perbezaan yang cukup besar, dan kesilapan memalukan ini boleh dihalang.'

Sekarang lihat apabila kedua-dua kad dibezakan sebelah menyebelah dan korang tengok betul-betul perbezaan yang boleh dilakukan hanya dengan mengubah kedudukan, saiz, dan berat teks

Dan akhir sekali, ni adalah rekaan tipografi yang boleh mereka pertimbangkan untuk anugerah tahun depan.

Tiada ulasan