Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Lubang Arnab Punca Jalan Rahsia Ke Tempat Persembunyian Bawah Tanah 'Knights Templar' Berusia 700 Tahun Ditemui!

Views
Pergh!

Lubang arnab ini kelihatan biasa pada mulanya, tetapi ia sebenarnya ialah pintu masuk ke Caynton Caves, iaitu tempat persembunyian bawah tanah yang berusia 700 tahun. Sama macam kisah Alice in wonderland plak ikut arnab misteri pastu terus jumpa tempat aneh.

Terletak di Shropshire, England, kawasan purba ini ternyata adalah kepunyaan The Knights Templar, iaitu tentera Katolik yang ditakuti membina kuasa dan kekayaan dengan berjuang dalam Perang Salib. Kemudiannya tempat persembunyian tersebut telah digunakan oleh pemuja syaitan, pagan, dan kaum-kaum penganut agama rahsia, kerana ianya lebih selamat daripada dijumpai oleh pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, ia ditutup oleh pemilik tanah pada tahun 2012 selepas mereka jatuh sakit dan bosan dengan pengunjung yang tidak berkesudahan. Tetapi jurugambar yang berpusat di Birmingham, Michael Scott berjaya masuk ke dalam dan mendokumentasikan tempat mitos dalam bentuk gambar.

"Kalau korang lalu kawasan tersebut, memang korang takkan perasan langsung" kata Michael. "Ianya mungkin kurang daripada satu meter dari tanah, jadi ianya memang langsung tak nampak macam laluan rahsia." Michael berjaya memasuki lubang tersebut dan menjumpai laluan rahsia itu setelah berjaya mengambil beberapa gambar lalu menghebahkan kepada wartawan dan orang ramai.


Sumber : Boredpanda

Tiada ulasan