Header Ads

Terkini

Oh Yeah : 10 Jenis Baka Kucing Yang Popular

Views
Cute much!!

Disebabkan aku pencinta kucing dan memang ade bela kucing di rumah, meh aku bg korang usha 10 jenis baka kucing yang paling popular sekarang nih. Panduan untuk korang-korang yang rasa nak beli kucing, Huhuhuhuhuhu.

1. Siam

Photobucket

Dengan mata birunya yang menawan, tak hairanlah ia dikatakan jenis kucing paling popular. Namun, walaupun ia kucing yang cantik, personalitinya sebenarnya yang paling menarik perhatian—Kucing Siam gemar ‘bercakap’ dengan tuannya siang dan malam, manakala sikap ingin tahunya memang legenda.

2. Parsi

Photobucket

Kucing parsi yang penuh glamour ialah baka kucing kedua paling popular. Ia diketahui mempunyai personaliti yang lembut dan pendiam tetapi comel. Bulunya perlu diuruskan dengan baik, tetapi pemilik-pemilik kucing ini sering menyatakan ianya pengorbanan yang berbaloi.

3. Maine Coon

Photobucket

Baka kucing yang berbadan besar tetapi personalitinya lembut. Ia baik dengan sesiapa saja, anjing sekalipun. Ia juga gemar mengekor ahli keluarga pemiliknya dari bilik ke bilik. Kucing baka ini boleh mencapai berat 9 sehingga 18 paun.

4. Ragdoll

Photobucket

Matanya yang besar memang menarik perhatian, kucing baka ini juga mempunyai personaliti yang menarik.


5. Bengal

Photobucket

Atletik, bijak, aktif dan berdikari. Ianya tidak sejinak kucing-kucing lain, tetapi ia sukakan perhatian dan ia juga suka berjalan, anda perlu pakaikan tali pada lehernya.

6. Himalaya

Photobucket

Biasanya kucing baka ini dihasilkan dengan mengacukkan baka Siam dengan baka Parsi. Maka dengan itu secara semulajadi ia mempuyai personaliti kucing Parsi iaitu tenang tetapi ia juga mempunyai sifat kucing Siam yang sangat ingin tahu.

7. American Shorthair

Photobucket

Ini ialah kucing biasa. Ianya suka bermain, suka dimanjakan dan bertoleransi. Asalkan ianya bersosial dengan baik semasa di peringkat anak kucing, ia tidak ada masalah untuk bercampur dengan tetamu dan haiwan peliharaan lain bila dewasa.

8.Manx

Photobucket

Dikenali dengan mudah kerana ia tiada ekor, tetapi ia kucing yang bijak dan suka bermain. Ianya biasanya hanya akan rapat dengan seorang saja ahli keluarganya, tidak seperti kucing jenis lain yang gemar berkongsi kasih sayang.

9. Russian Blue

Photobucket

Ianya sedikit pendiam, bijak dan mudah disayangi. Ia juga tidak banyak karenah berbanding baka kucing yang lain.

10. Sphynx

Photobucket

Bulunya seperti jaket kulit suede, ianya sejenis kucing yang gemar dipuji untuk keletahnya.

Tiada ulasan