Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Impak Bintang Muslim Di Liga Perdana Inggeris

Views
Sempena Bulan Ramadhan..

Seawal permulaan Liga Perdana Inggeris pada 1992, hanya ada seorang pemain bola sepak beragama Islam iaitu pemain tengah Tottenham dari Sepanyol iaitu Nayim. Liga utama Inggeris itu kini mempu­nyai 40 pemain Muslim dan mereka memberi impak ketara terhadap budaya sukan itu. 


Pada 5 Februari 2012, Newcastle United menentang Aston Villa di St James’ Park dan satu detik melambangkan impak yang diberi pemain Muslim terhadap Liga Perdana Inggeris. Selepas 30 minit, Demba Ba menjaringkan gol buat pasukan tuan rumah. Dia berlari ke sudut padang dan disertai rakan senegara dari Senegal, Papiss Cisse. Kedua-dua mereka kemudiannya sujud.



Peningkatan pe­nyertaan pemain Muslim disebabkan bola sepak yang kini bersifat antarabangsa. Peninjau kini melebarkan skop mereka dalam mencari bakat baru dan Liga Perdana Inggeris kini menjadi tempat yang mempunyai lebih kepelbagaian. Lelaki muda dari perkampungan terpencil di barat Afrika atau estet di Paris kini menjadi bintang bola sepak global. Mereka mungkin menemui kekayaan dan kemasyhuran kerana bermain dengan kelab England tetapi ramai yang masih berpegang kepada akar umbi identiti, sesuatu yang memandu dan menenangkan mereka apabila keadaan menjadi sukar iaitu agama Islam .



Apabila pemain sehebat Ba yang meninggalkan Newcastle tahun lalu untuk menyertai Chelsea berkata dia serius mengenai pega­ngan agamanya, ada yang mungkin menganggap kelab tidak mampu melayan mereka. Wujud kesungguhan di kalangan pengurus dan kelab untuk memahami dan memenuhi keperluan agama pemainnya.

Pemain bola sepak Muslim diberikan makanan halal, diberi pilihan untuk mandi berasingan dengan pemain lain dan diberikan masa dan ruang untuk bersolat. Sebelum ini, semua pemain yang dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan diberikan sebotol champagne. Begitupun, untuk Muslim, alkohol adalah haram. Justeru apabila pemain te­ngah Manchester City, Yaya Toure dengan sopan menolak anugerah itu atas faktor agama ketika wawancara televisyen, penganjur kejohanan terpaksa memberi perhatian.


Champange diketepikan dan sebaliknya kini semua pemain menerima trofi kecil.
Begitupun wujud cabaran untuk mengendalikan pemain Muslim dan Ramadan sekali gus memberi ­tekanan khusus buat mereka. Bagaimana pemain yang tidak makan dan minum selama 18 jam sehari dapat bermain di tahap tertinggi sepanjang 90 minit perlawanan?

Ada pemain yang menegaskan mereka berpuasa setiap hari dan ada yang berpuasa pada hari latihan, bukan hari kejohanan. Kelab cuba menangani perkara ini dengan penuh timbang rasa tetapi ia bukan waktu yang mudah buat pemain atau pengurus.Pemain tengah Arsenal, Abou Diaby (gambar), 27, berkata: “Arsenal lebih senang jika saya tidak berpuasa tetapi mereka ­faham ini adalah detik yang istimewa buat saya dan mereka cuba membantu untuk membuat saya lebih selesa.”

Ba, 28 mengakui dia tidak bersependapat de­ngan pengurus mengenai Ramadan tetapi dia tetap menjalani ibadat itu. “Setiap kali saya berdepan de­ngan pengu­rus yang ­tidak gem­bi­ra, saya ­katakan: ­‘De­ngar, saya akan laku­kan­nya. Jika persembahan saya masih baik, saya akan terus bermain, jika teruk anda rehatkan saya di bang­ku simpanan, itu saja!’

Sumber : Metro

Tiada ulasan