Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Agama Sebenar Junior Eldstal Atau Putera Nadher Amarhan

Views
FYI..

Pesta bola merdeka dah pun abis dengan kemenangan memihak kepada kita. Aku dah abis suara dengan melaungkan 'GOALLLLLLLLLL' dengan goal kedua Junior Eldstal. Mula-mula aku tengok dia ni omputih mana sesat plak nih. Rupa-rupanya dia ni ade kacukan orang sweden macam Ibrahimovic. Ok, kepada korang yang keliru dia ni agama apa, korang baca info ni. Junior Eldstal atau Putera Nadher Amarhan iaitu merupakan Pemain Pasukan Bolasepak Sarawak yang kelahiran Sabah serta mempunyai darah kacukan serta membesar di Sweden.


Ramai orang bertanyakan status agama Junior Eldstal atau Putera Nadher ini mungkin kerana melihat tatu di lengannya. Baiklah bagi mengurangkan kekeliruan rakyat malaysia , sebenarnya dia Beragama Kristian. Tak percaya? Sila klik link dibawah.

Open letter from Malaysia's Junior Eldstal

Pemain Sarawak Junior Eldstal dilaporkan membuat satu surat terbuka kepada pihak Goal.com bagi menjelaskan isu-isu berkenaan dirinya. Dalam suratnya, Junior menegaskan bahawa sugguhpun nama rasmi beliau di Malaysia adalah Putera Nadher Amarhan, beliau lebih senang dipanggil dan diperkenalkan sebagai Junior Eldstal. Nama Eldstal menurut Junior adalah nama bapanya, yag telah banyak memberi inspirasi kepada kehidupannya. Junior juga menambah yang beliau sedang dalam proses menukar nama rasminya di Malaysia ke ‘Junior Eldstal’.

Selain daripada itu, Junior turut menegaskan bahawa beliau sebenarnya beragama Kristian sungguhpun namanya mungkin memperlihatkan beliau seperti seorang yang beragama Islam. Tambah Junior, sungguhpun beragam Kristian, beliau amat menghormati agama lain.

Di akhir surat tersebut, Junior mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah membantunya, khususnya Scott Ollerenshaw, Robert Alberts dan Sarawak FA kerana sunggup mengambil risiko untuk mengambilnya bermain, di kala tiada yang sanggup berbuat demikian. Beliau turut menambah bahawa sokongan padu peminat Sarawak amat hebat, dan berharap akan sentiasa dapat memberikan yang terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain bolasepak. 

Sumber : Pengerindu.com

Tiada ulasan