Oh Yeah : Model Boeing 777 Diperbuat Daripada 100% Manila Kad Yang Awesome!!

Awesomeness!!

Diilhamkan daripada kelas seni bina di sekolah di mana beliau telah ditugaskan untuk membuat model kertas menggunakan kad manila, pereka iaitu Luca Iaconi-Stewart pulang ke rumah untuk memulakan pembinaan 1:60 skala Boeing 777 yang menggunakan sebahagian dari teknik yang telah dipelajari di dalam kelas semasa beliau seorang pelajar di sekolah menengah.

Projek ini diteruskan selama lima tahun kemudian untuk menyempurnakan setiap aspek model pesawat. Berpandukan kepada saiz dan ukuran terperinci daripada model pesawat Air India 777-300ER, beliau mula mencipta lukisan digital dalam Adobe Illustrator dan kemudian mencetaknya secara langsung ke kertas manila. Daripada cetakan tersebut, beliau memotong, menampal mengikut ukuran yang telah dihasilkan melalui Adobe Illustrator itu. Hasilnya, sangat detail! Benda-benda kreatif macam ni tak lama lagi akan pupus, disebabkan wujudnya mesin cetak 3D yang menjadi hangat dipasaran ketika ini, ye dak?



Sumber : 99share

Comments

Post a Comment

Popular Posts