Oh Yeah : Rancangan Realiti TV Paling Aneh, Gila, Hina Dan Kurang Ajar Sepanjang Zaman

What the..

Ada stigma tertentu ditempatkan di rancangan TV realiti. Tetapi rancangan realiti tv ni, adalah refleksi kepada obsesi masyarakat kita baru-baru ini dengan penyertaan yang ramai sampai beratur panjang kat luar. Bukan semua la realiti sangat, ade gak yang guna skrip sikit-sikit, biasalah tu nak bagi hot rancangan tu. Setakat kat Malaysia ni takde lagi la kot yang extreme gila. Setakat Fear Factor tu ok lagi la. Yang aku nak tunjuk ni memang extreme aneh, hina, kurang ajar dan gila sekali nak tunjuk kat TV. Moh tengok rancangan ape tu.

1.) Penitents Compete (2009)
Seorang rabbi, seorang imam, dan sami join sekali dalam rancangan TV realiti ni. Ini bukan Maharaja Lawak Mega Pisss Yo! tapi ini adalah realiti TV yang nyata di TV Turki. Ke-empat mereka perlu berdebat antara satu sama lain untuk menukarkan 10 orang atheis (orang yang tak percaya agama) kepada agama salah seorang dari mereka setiap minggu. Sebelum ianya ke udara Khilafah Turki enggan membenarkan imam itu untuk hadir di acara itu dan semuanya dibatalkan.

2.) 'Susunu! Denpa Sh┼Źnen' (1998)
Antara cabaran dari rancangan realiti ini termasuk dipaksa hidup telanjang sendirian di sebuah apartmen, yang bergantung kepada undian dan dikurung dalam sebuah bilik yang hanya ade TV yang menyiarkan permainan atau sukan pasukan kegemaran peserta. Jika pasukan kegemaran peserta menang, peserta dapat untuk makan, kalau tak, memang tak makan la aritu. Gila tak gila rancangan cacat macam ni kan. Mohon Azwan Ali masuk.

3.) Gaki no Tsukai (1989-present)
Rancangan ni aku penah tengok kat Youtube lepas diperkenalkan oleh kawan-kawan yang gila. Rancangan ni adalah bila peserta tak dapat jawab atau jawab dengan salah, seorang lelaki yang secara perlahan-lahan turun dengan punggung atau alat kelamin terbuka luas akan terus menuju ke muka peserta. Nasibla kalau tak kentut atau cirit.

4.) All My Babies' Mamas (2013)
Rapper dari Atlanta iaitu Shawty Lo bapa kepada 11 anak dengan 10 wanita berbeza selama bertahun-tahun. Point rancangan ini ialah masukkan mereka semua masuk ke dalam rumah yang sama dan lihat apa yang akan berlaku. Perghhhh, ini memang penindasan ni. Walaubagaimanapun, NAACP menentangnya dan akhirnya Oxcygen membatalkan tayangannya sebelum ia ditayangkan. Macam ni pun ada ke, pergh memang PIMP betol rapper ni.

5.) Megan Wants a Millionaire (2009)
Rancangan realiti kadang-kadang dituduh secara sengaja untuk menjadikan pesertanya gila dan menjadikan mental mereka tidak stabil, tetapi ianya tidak sehingga peserta Megan Hauserman berjaya 'spin-off' kepada orang ramai untuk menyedari bahawa ianya bukanlah satu perkara yang besar. Tetapi, selepas episod ketiga ditayangkan, didapati bahawa salah satu peserta lelaki telah membunuh bekas isterinya dan meletakkan mayatnya ke dalam sebuah beg. Gilaaaaaaaa babun!

6.) The Swan (2004)
Aku rasa yang ni takdelah extreme sangat kot, tapi masuk list gak, takpelah layan je. Setiap peserta akan diberikan pasukan kecantikan. Pasukan tersebut termasuklah ahli terapi, jurulatih, pakar bedah kosmetik, dan doktor gigi. Tujuannya adalah untuk mengubah perempuan yang hodoh macam Betty La Fea dan transformkan menjadi awek mantop. Ianya berjaya disiarkan selama dua musim. Pembatalan rancangan ini adalah mungkin sebab dari mesej negatif yang disampaikan kepada kanak-kanak tentang menerima penampilan mereka. Kalau semua cantik kat dunia ni, tak seimbang la.

7.) Welcome to the Neighborhood
Beberapa keluarga yang terdiri daripada kelas rendah dan bukan berkulit putih (sebagai contoh: keluarga kulit hitam, pasangan gay, keluarga miskin, dan lain-lain) bersaing untuk berada dalam masyarakat pinggir bandar semata-mata menjadi orang kaya di Texas. Dalam episod pertama, seorang ahli panel juri secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan homoseksual di kawasan kejiranannya. Rancangan ini dibatalkan sebelum ia ditayangkan kepada orang ramai.

8.) Mr. Personality (2003)
Aku rasa yang ni pun takde yang aneh dan extreme sangat. Rancangan ni adalah berkisarkan mengenai 20 orang peserta bersaing untuk mendapatkan cinta seorang lelaki yang dipakaikan topeng, dirahsiakan pekerjaannya dan hanya bergantung kepada personaliti lelaki bertopeng tersebut. Apa yang menyebabkan rancangan ini dibatalkan hanyalah kerana pengacaranya ialah Monica Lewinsky (skandal bekas Presiden US Bill Clinton)

9.) Man vs. Beast (2003)
Aku rasa pernah tengok rancangan ni. Takde yang extreme dan pelik sangat. Cuma dari segi konsepnya perlu ke nak bandingkan manusia ngan haiwan? Dah tentu la haiwan menang. Apadaaaa punya penerbit rancangan.

10.) Mars One (2024)
Haaa..yang ni menarik. Tengah dalam proses, akan ditayangkan pada tahun 2024. Kerana kos perjalanan satu hala untuk pergi ke Marikh adalah 6 bilion dolar pada hari ini, kebanyakan dana untuk perjalanan ke Mars One akan diperolehi melalui rancangan realiti televisyen global yang akan bermula dengan pemilihan angkasawan, dan terus melalui beberapa tahun pertama hidup di dunia baru. Pehhh!! dah macam Avataer plak konsepnye. Memang futuristik betul.

Sumber : Viralnova

Comments

Post a Comment

Popular Posts