Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Adam Rainer - Satu-Satunya Manusia Di Dunia Yang Pernah Menjadi Manusia Kerdil Dan Manusia Gergasi Sepanjang Hidup Beliau

Views
Hobbit turns to Hulk!

Kejadian unik macam ni memang jarang berlaku pada masa kini yang dipanggil "keajaiban perubatan." Tetapi pada awal 1900-an, kes tumbesaran yang pelik bin ajaib Adam Rainer itu mengejutkan pakar-pakar perubatan. Rainer hanya satu-satunya manusia yang dalam catatan sejarah telah menjadi kedua-dua manusia kerdil dan gergasi.

Rainer dilahirkan di Graz, Austria, pada tahun 1899. Dia adalah seorang yang normal dan sihat tanpa ada sebarang penyakit aneh misteri atau sebagainya. Dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang mempunyai ketinggian normal. Pada masa yang Perang Dunia Pertama meletus, Rainer mempunyai ketinggian hanya 4 kaki, 6 inci. Perekrut bagitau dia terlalu pendek dan lemah untuk menyertai tentera.


Segalanya berubah untuk Rainer pada usia 21 tahun. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, Rainer (yang ketinggian 4'10 '' pada masa itu) akan berkembang kepada ketinggian 7'1 yang menakjubkan ketika beliau berumur 31tahun. 



Pakar perubatan bagitau kejadian ini berlaku oleh kerana ada ketumbuhan yang berlaku pada kalenjar pituitari yang menyebabkan tumbesaran yang mendadak tanpa henti sehinggalah beliau melakukan pembedahan membuang tumor tersebut. Walaubagaimanapun, beliau masih mengalami tumbesaran mendadak cuma tidak secepat sebelumnya.


Rainer kemudiannya meneruskan kehidupan seperti biasa tetapi mengalami beberapa masalah kesihatan yang menghantui dirinya.


Walaubagaimanapun, pada usianya mencecah 51 tahun, akhirnya beliau meninggal dunia dengan ketinggian 7' 10. Adam Rainer masih mengekalkan rekod dengan hanya satu-satunya manusia yang pernah merasai menjadi manusia kerdil dan manusia gergasi.



Tiada ulasan