Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Bugatti Aerolithe 2025

Views
Woahh...dah macam kereta Batman!

Arini banyak entri pasal kete pulak, hehehe. Ok, Bugatti suatu ketika dulu terkenal dengan kereta aerodinamik yang elegen. Kereta buatan mereka sebelum bankrap pada tahun 1952 kesemuanya dianggap klasik dan bernilai jutaan dollar dalam kondisi sempurna. Selepas dihidupkan semula pada tahun 1987 mereka menghasilkan EB110 dan Bugatti Veyron yang pada pendapat kami adalah antithesis kepada tradisi rekaan Ettore Bugatti. Kedua-dua kereta lumba berkuasa tinggi ini terlalu vulgar rekaannya. Tiada langsung ciri diinspirasikan kapal terbang yang sinonim dengan Bugatti pada zaman kegemilangannya.

Oleh sebab itulah Douglas Hogg, seorang graduan rekaan automotif menghasilkan konsep Bugatti Aerolithe 2025. Ia diasaskan dari kereta konsep Bugatti Aeroilithe 1935. Rekaan beliau menerapkan lengkok dan bentuk yang lebih serasi dengan sebuah kereta berjenama Bugatti. Anda suka?






Laporan asal topSpeed

Tiada ulasan