Header Ads

Terkini

Oh Yeah :Review Filem Lagenda Budak Setan 2 – KATERINA

Views

press screening filem lagenda budak setan 2

Mengisahkan KASYAH ( Farid Kamil ) *aku rasa kalau Remy Ishak lagi hidup lakonannya kot* yang meneruskan kehidupan setelah kematian isteri tercinta – AYU … lebih kurang enam bulan berlalu KASYAH bertemu dengan KATERINA dalam LRT secara tidak sengaja semasa menghantar anaknya ATHIRAH pergi check up di klinik…. Maka dari situ bermula kembali putik kemesraan mereka berdua sampai pergi business trip ke BHUTAN ( cantik negara tue ) Mereka berdua bercadang nak berkahwin – tapi disyaratkan oleh bapa KATERINA untuk bertunang selama TIGA TAHUN kononnya untuk membolehkan KATE uruskan syarikat keluarga di AFRIKA SELATAN…..*Syarat paling bullshit dan kehindustanan disitu*



pelakon watak penggoda filem LAGENDA BUDAK SETAN 2


Dalam pada masa itu ZAHIRAH ( LANA NORDIN yang seksi ) *seksi pun, tapi hitam bajet hot penuh dengan kepalsuan* telah diupah untuk menggoda KASYAH sepanjang ketiadaan KATERINA di pejabat tempat mereka bekerja….. Dengan menggunakan ASET MAHAL BELIAU - Zahirah telah berjaya menjadikannya sebagai bahan bukti bahawa mereka mempunyai SKANDAL…. 

gambar bront palarae

Berita tersebut disampaikan oleh bapa KATE – terus pulang dari ofis ARIKA SELATAN dan merasakan amat kecewa dengan situasi itu….Lantas ambil jalan pintas untuk hilangkan kedukaan dengan mengahwini HISYAM yang psiko ….Namun tidak benarkan HISYAM bersama selama TIGA BULAN….. yang akhirnya buatkan KATE nekad nak bercerai dengan HISYAM yang dikahwininya bukan atas dasar cinta….gambar poster filem lagenda budak setan 2

Keadaan semakin menduga kesabaran KASYAH apabila abangnya mati dalam suatu kemalangan dan ATHIRAH ( anak perempuan KASYAH ) pula meninggal dunia akibat penyakit kuku dan mulut….membuatkan KASYAH bersendirian….
Untuk melihatkan apa yang berlaku antara KASYAH dan KATERINA anda kenalah terjah ke panggung wayang berdekatan untuk menonton sendiri cerita ini….Apakah ada harapan untuk mereka hidup bersama ?
KOMEN RINGKAS – PENDAPAT PERIBADI
- Soundtrack filem kali ni kurang power macam PART 1
- Terlalu kehindustanan
- Lakonan Farid Kamil tak best langsung
- Pergolakan antara KATE dan HISYAM agak kurang feel dan tak ada "chemistry" macam dalam cerita CUN - Remy Ishak & Maya Karin….
- PALING DIGEMARI ialah aksi ZAHIRAH GODA KASYAH ( menarik sungguh adegannya )
- Lakonan Bront Palarae memang best sebagai antagonis. Respect mamat ni, lakonan dia memang terbaik, dan berada dalam kelas tersendiri.
- Anda akan berpeluang nak tengok PART 3 – sambungan filem kali nie. Sambungan nampak macam lebih menarik sebab nak macam lebih menaikkan "adrenaline".
Overall : 3/5

Tiada ulasan