Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Lebuhraya Lena - Lebuhraya Paling Teruk Di Rusia

Views
OO EMMM GEEEZ!! Teruk gila.

Lebuhraya yang berada dalam keadaan yang baik dan sempurna mampu memberi keselesaan dan menjimatkan masa pengguna di jalan raya..Namun, sebuah lebuhraya di Rusia yang turut digelar 'Lebuhraya Neraka' menjadi terkenal di kalangan pengguna di sana berikutan keadaan jalannya yang berlumpur dan sukar untuk dilalui. Lebuhraya M56 Lena atau Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Lebuhraya ini mendapat namanya dari sebatang sungai iaitu Sungai Lena yang terletak di bahagian selatan Siberia. Lebuhraya sepanjang 1,212 kilometer ini telah dibina secara berperingkat antara tahun 1925 hingga 1964. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah sebuah jalan raya yang terdiri dari jalan tanah.

Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil dan yang besar. Nak tahu betapa teruknya keadaan jalanraya tersebut, meh usha kat bawah ni.

















Tiada ulasan