Header Ads

Terkini

Oh Yeah : 7 Kisah Seram dan Aneh Yang Berlaku Ketika Di Set Penggambaran Di Malaysia!

Views
Misteri tak?

Kisah Misteri atau aneh tidak asing bagi penggemar genre Seram. Bagi mereka yang pernah merasai perkara aneh dan kisah seram yang tersendiri, ianya telah menjadi satu kisah dan iktibar. Tapi bagi yang tidak pernah merasai malah tidak mempercayai langsung dengan perkara mistik ini pasti akan mengatakan bahawa segala yang terjadi hanya sekadar kebetulan dan tidak berkaitan dengan dunia ghaib. Berikut ini adalah Kejadian Aneh yang berlaku ketika di set Penggambaran. Misteri habis…


1. Bunohan
Filem ‘Bunohan’ yang ditayangkan pada 8 Mac 2012 pernah menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara. Filem ini pernah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto, Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada bulan Oktober 2011, Festival Filem Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana di Eropah iaitu Festival Antarabangsa Rotterdam yang berprestij. Kisah seramnya...


Seram Bunohan
Disebalik kejayaan yang dikecapi, ada kisah seram yang terjadi ketika sesi penggambaran dijalankan. Pengarah yang asalnya pernah mengarahkan Filem Seram ‘Dukun’ mempunyai nasib yang seakan sama ketika menghasilkan filem-filem atau kisah seram ini.  Pemeran utama filem tersebut , Zahiril Adzim yang pernah memenangi Anugerah pelakon terbaik di Rusia, memberitahu bahawa ketika mereka sedang berada di tempat pengambaran yang dikatakan penuh dengan kisah mistik itu, mereka berbual dengan seorang budak yang tidak tahu dari mana datangnya. Dengan menceritakan pelbagai kisah ghaib dan mengatakan bahawa ramai yang telah mati di kawasan ini. Ketika hampir maghrib, budak itu berjalan terus kearah tasik dan hilang secara tiba-tiba.

Zahiril Adzim kemudiannya menceritakan, salah satu dari kru yang terlibat dengan sesi penggambaran telah muntah darah sebaik pulang dari lokasi. Seluruh tempat penginapan menjadi kecoh sehingga pelakon Amerul Affendi menelefon sahabatnya yang arif tentang ilmu ghaib ini. Setelah disoal siasat, kru tersebut telah mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran. Inilah akibatnya menyentuh dan mengambil barangan yang tidak diketahui usulnya. Pelbagai lagi kisah misteri yang terjadi ketika penggambaran filem ‘Bunohan’ ini dijalankan.




2. PILOT CAFE
Filem pilot café yang dilakonkan Izara Aishah dan Remy Ishak ini mempunyai kisah aneh yang tersimpan disebalik penggambaranya. Ketika babak intim di dalam laut, di antara dua batu itu, Remy Ishak berkata ketika mereka diatas batu itu, ombak seakan-akan menarik mereka masuk ke dalam laut  dan membuatkan mereka terpaksa berpaut pada batu disitu daripada ditelan arus. Remy berkata lagi bahawa mereka seakan rasa kemarahan tuhan atas adegan yang dilarang itu sehingga laut pun tidak menerimanya. Walaupun babak itu hanya sekejap, tapi pengalaman itu cukup susah dilupakan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku dan semoga menjadi iktibar bersama. 

Sumber : Utusan Online

3. IA WUJUD



Filem ini menampilkan masyarakat biasa dan bukan pelakon yang sebenar. Tetapi video rakaman yang terakam adalah rakaman sebenar dan keseluruhan video ini kelihatan realistik. Aktiviti penggambaran kisah seram ini dijalankan di Mimaland, Gombak yang sekian lama ditutup dan dipercayai tempatnya penuh dengan perkara mistik. Mereka berlima bernekad untuk mencabar diri mereka untuk mengenal pasti kewujudan makhlus halus di taman tema ini. Pelbagai kejadian aneh yang terjadi ketika rakaman dijalankan dan beberapa entiti tertangkap dan mampu menaikkan bulu roma anda. Malah visual gangguan dan pelbagai entiti yang berjaya dirakam seperti kelibat pocong dan puntianak biarpun kabur tetap dikekalkan seperti asal tanpa sebarang effect untuk membuatkannya lebih menarik.



Sumber : Mstar.com.my

4. PUAKA NIYANG RAPIK



Puaka Niang Rapik memaparkan cerita lima orang sahabat yang datang ke Kampung Niyang Rapik untuk  menjalankan kajian sejarah. Pelbagai kejadian misteri yang berlaku selepas mereka meninggalkan tempat tersebut. Salah seorang pelakon wanita iaitu Liyana Jasmay yang mengatakan bahawa mempunyai kisah seram disebalik penggambaran ini. Kejadian yang mana Liyana Jasmay tanpa sengaja menaiki rumah usang yang tidak jauh dengan set penggambaran dan selepas sahaja melangkah kedalam rumah itu, pintu dengan secara tiba-tiba tertutup dan Dia terasa seakan-akan berkhayal dan terduduk disitu. Tanpa disedari, sebenarnya diluar rumah, kecoh semua kru mencari dimana dia berada. Padahal Liyana tidak mendengar apa-apa diluar rumah. Akhirnya salah seorang Ustaz disitu menjumpai Liyana didalam rumah itu. Antara kisah lainnya, ketika di Bukit Cahaya, di waktu senja, Liyana telah menegur seorang kru yang berjalan disebelahnya dan sebenarnya kru itu sedang bercuti dan tidak hadir ke set penggambaran. Aneh kan?

Sumber :  Youtube

5. HISTERIA (2008)


Kejadian seterusnya ini ialah dari filem Histeria yang pernah popular pada tahun 2008. Sinopsis filemnya yang kedengaran Hollywood ini juga punyai misteri dan kisah seram  yang tersendiri. Ketika dimana selepas sahaja scene Liyana Jasmay menjerit dan menangis, seluruh krew produksi terdengar suara menjerit dan menangis juga dan mereka disuruh beredar dari kawasan itu secepat mungkin oleh seorang ustaz dan secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Dan sejarahnya tempat itu mengatakan bahawa ada roh yang tidak tenang dan berjalan disekeliling kawasan itu.

Sumber : Youtube

6. Drama Bersiri Qalesya


Drama bersiri Qalesya yang menjadi hiburan bagi kanak-kanak 2010 ini juga tidak terlepas dengan kisah mistiknya. Kisah yang berlaku di Chalet Hulu Langat dengan kawasan yang cantik, dijadikan hostel bagi pelajar lelaki dan perempuan disitu. Ketika berehat dari sesi penggambaran, pelakon bagi watak Qalesya iaitu Elfira Loy, telah ke titi sebatang sungai yang mempunyai pokok buluh dan menangkap gambar disitu. Ketika menyambung semula sesi penggambaran, Elfira Loy menjadi lemah dan dia yang aktif menjadi lesu. Seorang kru yang agak mahir dengan ilmu ghaib ini, mengatakan bahawa ada bunian yang mengikut Elfira bersama. Banyak kejadian yang berlaku ketika penggambaran yang mana kaki salah satu Ekstra dipijak jin dan Elfira tanpa sedar mencampak seorang ekstra yang lain.  Misteri kan?

Sumber : Youtube

7. JALAN PUNCAK ALAM


Filem Dharma Aizat yang sebenarnya kisah benar ini juga terselit sebuah misteri yang cukup membuatkan roma kita meremang. Ketika penggambaran, pelakon Nizam Zaidi tidak mampu mengawal emosinya dan kru produksi mula menyedari bahawa itu bukanlah diri Nizam Zaidi. Sama juga dengan pelakon cilik yang memegang watak hantu yang berdepan gangguan. Pelakon ini juga enggan berlakon dikawasan tasik kerana terlihat susuk tubuh budak kecil muncul ditengah tasik. Hal ini mebuatkan mereka terpaksa mengubah babak dalam kisah tersebut.


Sumber : Sinar Online

Begitulah kisah-kisah seram dan aneh yang terjadi ketika penggambaran sedang dijalankan.Seram kan? Ini cukup membuktikan bahawa perkara ghaib ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Malah harus diambil serius dan harus menjaga adab ketika berada di tempat yang tidak pernah dijejaki. Jadi, anda ada kisah aneh dan misteri sendiri? Mesti lebih extremekan? Kongsilah di ruangan komen. Mana tahu ada pengarah filem berminat nak jadikan filem!

Sumber : Veedo