Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Adakah Perkara Ini Bakal Menjadi Titik Tolak Kepada Zaman Kejatuhan Apple?

Views
Sekiranya anda menggunakan Apple iPhone 7 atau model sebelumnya serta mengalami masalah iPhone menjadi sedikit perlahan, selamat untuk kami katakan ini bukanlah ‘sindrom’ untuk beralih kepada model iPhone terbaru. Ini adalah kerana Apple sahkan sengaja memperlahankan model iPhone terdahulu.

Apple pada minggu ini mengesahkan melalui kemaskini iOS 11.2, mereka telah membuat perubahan untuk memperlahankan iPhone model terdahulu untuk mendapatkan ketahanan bateri yang lebih baik.



Usaha ini juga dibuat untuk memastikan Apple iPhone kekal lebih lama ketika musim sejuk serta mengelakkan daripada masalah iPhone auto shutdown. Apple juga mengesahkan mereka komited untuk meneruskan usaha ini pada tahun-tahun akan datang bagi menjaga ketahanan bateri iPhone anda.

Buat anda yang mengalami masalah ini serta tidak berminat untuk menukar kepada model Apple iPhone terbaru, terdapat altenatif lain yang boleh anda cuba iaitu menukar kepada bateri terbaru.

Sumber : TheVocket