Header Ads

Terkini

Jubah Halimunan Dalam Filem Harry Potter Bakal Menjadi Realiti? Lelaki Dari China Ini Dakwa Berjaya Menciptanya

Views

Baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang sedang memakai sehelai kain halimunan di China telah menjadi viral di internet.

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen setelah ia dimuatnaik ke dalam laman Facebook dan Youtube. Rata-rata netizen berasa kain halimunan itu merupakan sebuah produk yang paling canggih yang pernah mereka lihat setakat ini.



Menurut Chen Shiqu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dan Kementerian Keselamatan Awam, sekiranya kain halimunan di dalam video tersebut benar-benar wujud, kaint tersebut boleh menjadi sebuah senjata yang sangat berguna kepada pihak tentera.

“Ini merupakan kain buatan teknologi kuantum yang diperbuat daripada bahan lutsinar dan dapat memantulkan gelombang cahaya di sekitar orang yang memakainya sehingga dapat membuatkan orang itu menjadi halimunan,” tambah Chen lagi.


Menurut Mail Online, Zensheog yang merupakan penerbit di Quantum Video, sebuah syarikat filem telah berjaya membuktikan video itu diedit dan ditunjukkan dengan kain plastik berwarna biru atau hijau seumpama ‘green screen’.

Beliau turut memberitahu lelaki di dalam video itu menggunakan perisian Adobe After Effects, Nuke atau Blackmagic Fusion yang boleh menyunting latar belakang dan menggabungkan objek ke dalamnya. Kesannya pernah dilihat dalam banyak filem seperti filem-filem Hollywood seperti ‘Harry Potter’.



Sumber : Taiko TV

Tiada ulasan