H&M Dikecam Teruk Kerana Menggunakan Kanak - Kanak Kulit Hitam Ini Sebagai Model
Jenama besar seperti H&M juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan satu baju rekaan untuk kanak-kanak mereka kini dikritik oleh peminat jenama itu di seluruh dunia.
Baju berkenaan menerima kritikan bukan sahaja daripada peminat, tetapi artis dan juga penulis majalah fesyen terkemuka, ELLE. bagi mereka, ianya sesuatu yang tidak sensitif untuk memakaikan baju dengan perkataan ‘Coolest Monkey In The Jungle’ kepada seorang kanak-kanak berkulip gelap.
Artis yang pernah mempunyai koleksi bersama H&M, The Weeknd turut meluahkan rasa kecewa beliau dengan jenama berkenaan dan dalam perkongsian beliau, The Weeknd tidak lagi mahu berkolaborasi bersama jenama itu di masa akan datang.
Whose idea was it at @hm to have this little sweet black boy wear a jumper that says ‘coolest monkey in the jungle’?— Stephanie Yeboah (@NerdAboutTown) January 7, 2018
I mean. What. pic.twitter.com/6AJfMdQS4L
woke up this morning shocked and embarrassed by this photo. i’m deeply offended and will not be working with @hm anymore... pic.twitter.com/P3023iYzAb— The Weeknd (@theweeknd) January 8, 2018
Yo @HM you need to explain yourself. What the hell is this?https://t.co/YVAvjt0Nsd pic.twitter.com/jGGAPOLS6e— alex medina (@mrmedina) January 8, 2018
. @hm, have you lost your damned minds?!?!?! pic.twitter.com/EYuCXLZtv3— Charles M. Blow (@CharlesMBlow) January 8, 2018
Sejarah berkenaan ejekan bangsa kulit hitam dengan monyet ini sudah terjadi sejak dahulu lagi. Sehingga kini, ejekan seperti ini masih berlaku di negara-negara majoriti orang berkulit putih terutamanya dalam sukan bola sepak.
H&M telah mengemukakan permohonan maaf tentang gambar ini dan sudah pun mengeluarkan gambar kanak-kanak ini daripada laman rasmi mereka. Ianya isu yang sepatutnya boleh dielak sekiranya pihak H&M lebih peka dengan perkara seperti ini.
H&M telah mengemukakan permohonan maaf tentang gambar ini dan sudah pun mengeluarkan gambar kanak-kanak ini daripada laman rasmi mereka. Ianya isu yang sepatutnya boleh dielak sekiranya pihak H&M lebih peka dengan perkara seperti ini.
Sumber : Goodfullness, TheVocket
Tiada ulasan
Catat Ulasan