Header Ads

Terkini

7 Sifat Riak Di Media Sosial Yang Mungkin Anda Tidak Sedar

Views

Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini, ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara itu? Riak!

Ramai yang berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada umum, tanpa mengetahui bahawa ianya adalah salah satu perkara yang ALLAH S.W.T larang dan ianya adalah berdosa!

Sebenarnya ada yang sudah mengetahui bahawa riak itu berdosa, tetapi masih juga menunjuk-nunjuk kerana rasa diri lebih baik dari orang lain. Mengapa begitu? Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T?

Karya Vespa Buruk.

Lagi-lagi sekarang zaman serba serbi canggih, ada aplikasi Facebook. Setiap hari update status tentang kelebihan diri, berbangga-bangga diri sehingga mendatangkan perasaan menyampah orang sekeliling.penyakit riak, sikap riak, suka menunjuk-nunjuk, menunjuk kekayaan, menunjuk harta, menunjuk kereta mewah.

Perasaan riak ni kadang-kadang orang buat tanpa sengaja, fikir ianya perkara biasa saja tetapi rupanya berdosa! Hati-hati apabila update sesuatu di laman sosial ya!

Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah :

Puji anak berlebihan
Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti mereka rasa sedih.

Check in hospital mahal
Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

Bersyukur tak habis-habis
Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update ‘Alahmdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan duk heboh dekat laman sosial.

Gambar sebagai hiasan/contoh. Dato Aliff Syikri antara contoh usahawan yang terpalit dan sinonim dilabel sebagai "king of riak" oleh Netize kerana amat lantang berkongsi tentang kekayaannya kepada umum.

Tunjuk kereta mahal
Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

Shopping
Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak ‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?

Juga sekadar hiasan/contoh. Adalanya apa yang dikongsi tidak masuk akal seakan-akan sengaja mahu tunjuk rendah diri tapi tak logik dek akal. Jadi berhati-hati dengan ayat yang digunakan dalam menggambarkan sebarang jenis suasana takut disalah-erti oleh orang lain.

Serba baru
Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju baru. Sila kaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la

Muka lawa
Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!

Semua berbalik kepada matlamat. Lakukan sesuatu hanya kerana mahu nampak kaya atau mahu berjaya untuk diri sendiri?

Maka hindarilah dari bersifat riak!

Apapun ianya berbalik kepada nawaitu. Terkadang kita nampak seseorang berkongsi sesuatu yang diluar kemampuan kita lalu kita melabelkan mereka sebagai riak, ianya juga tidak patut berlaku. Hanya Allah SWT yang mengetahui apa niatnya.

Terkadang kita tidak tahu sebesar mana usaha dan pengorbanan seseorang untuk mendapatkan sesuatu itu berbanding usaha kita yang tidak sama langsung sepertinya. Berjaga malam, tidur hanya beberapa jam, mengorbankan masa bersama keluarga dan kawan-kawan dan memberi fokus kepada perniagaan, maka selayaknya dia dapat semua yang dia ada berbanding kita yang terkadang ada sifat hasad dengki.


Jadi, adalah tidak baik juga kita melabel seseorang sebagai riak hanya kerana orang itu tidak sama tahap usahanya dengan kita. Katakan jika anda mempunyai sebuah motosikal berkuasa tinggi yang anda beli hasil dari titik-peluk anda sendiri, dan anda melihat orang lain muat-naik gambar motosikal berkuasa tinggi mereka juga, adakah anda akan merasakan orang itu riak? Tidak bukan? Ini kerana anda juga memiliki apa yang orang itu ada dan anda tahu usaha keras yang bagaimana dia lakukan untuk mendapatkan impiannya. Maka anda akan nampak itu sebagai satu perkongsian minat yang menarik untuk dibincangkan bersama.

Ada manusia yang berusaha keras atas sebab yang kita tidak tahu. Mungkin untuk memperbaiki nasib diri sendiri dan keluarga. Mungkin juga yang dah biasa hidup susah masa kecil dan dia tahu harus berkerja keras untuk memperbaiki nasib dirinya dan itu menjadi kekuatan untuk mereka berusaha lebih keras dari kita.

Jadi, ada baiknya juga jika kita sama-sama melihat diri sendiri terlebih dahulu dan jangan sampai kita melabel seseorang dengan ini dan itu mengikut perasaan kita semata-mata takut nanti jadi prasangka buruk yang turut juga berdosa.

Juga ingat tak salah berkongsi kejayaan kerana kejayaan anda mungkin akan menjadi inspirasi kepada mereka yang positif tetapi ingat ianya mengundang perasaan hasad dengki (yang juga berdosa) kepada individu tertentu. Jadi cara terbaik adalah jika ingin berkongsi inspirasi kejayaan anda, berkongsi pada kumpulan yang betul.

Ini seperti jika anda seorang ahli perniagaan yang berjaya, anda hanya kongsikan kepada individu lain yang turut menceburkan diri sebagai ahli perniagaan juga. Jadi hanya mereka yang akan memahami susah payah anda untuk mendapatkan semua kejayaan yang anda ada.

Pucuk pangkalnya adalah hati. Jangan sampai sesekali timbul perasaan riak ataupun hasad dengki.


Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”


Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang benci, dosa pun dapat. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik.

Sumber : OhMedia

Tiada ulasan