Header Ads

Terkini

Akhirnya Mourinho Sahkan Perpindahan Alexis Sanchez

Views

Berita penghijrahan Alexis Sanchez ke Manchester United masih lagi belum dirungkaikan dan para peminat setia United pasti tertunggu-tunggu saat penyerang antarabangsa Chile itu akan memegang jersi merah kebanggaan mereka. Begitu juga dengan peminat Arsenal yang menanti dengan penuh debar berita perpindahan ini.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan bahawa perpindahan tersebut semakin hampir namun segalanya tertumpu kepada Henrikh Mkhitaryan yang menjadi pertukaran kepada Sanchez.

Mourinho mendedahkan urusan bernilai £ 35 juta untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez semakin hampir untuk dimuktamadkan, sementara itu pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui semuanya adalah berkenaan tentang kehadiran Mkhitaryan.

Sanchez menjadi buruan terutamanya Manchester City dan Manchester United selepas beliau berkeinginan untuk meninggalkan Stadium Emirates sejak dari jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Bercakap ketika kemenangan 1-0 keatas Burnley awal pagi tadi, Mourinho juga tidak menolak kemungkinan bahawa perpindahan tersebut juga boleh menemui jalan buntu pada saat akhir.


”Berharap tidak terlalu lama atau tidak mungkin,” kata Mourinho. ”Saya rasa ianya semakin hampir, sangat hampir. Jadi jika ianya tidak berlaku, ia tidak akan berlaku. Jadi saya positif dengan perkara ini.”

”Saya tahu semua orang sedang melakukan segala yang terbaik. Pemilik kelab juga memberikan lampu hijau dan Mr (Ed) Woodward juga bekerja keras.”

”Saya rasa semua orang memberikan segalanya yang mereka mampu dan saya rasakan kami akan berjaya.”

Dalam sidang media yang berlainan, Arsene Wenger menegaskan bahawa perpindahan ini bergantung kepada kehadiran pemain antarabangsa Armenia itu ke London.

”Perpindahan Sanchez akan terjadi sekiranya Mkhitaryan hadir kesini. Perkara yang akan diputuskan 48 jam dari sekarang. Itu adalah satu kemungkinan,” kata Wenger kepada wartawan.

Kedua-dua pemain tersebut langsung tidak berada dalam pasukan masing-masing pada perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam dan perkara tersebut menguatkan lagi berita perpindahan sensasi ini untuk dilengkapkan.

Sumber : Goal, Semuanya Bola

Tiada ulasan